Tuesday, 16 February 2016

Jaulah ke Sabah 1.0 (akan ada ka 2.0 ?) Part 2 Final



Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…

Bismillahirrahmanirrahim…

                Okey, kita sambung cerita jaulah. Balik dari Poring Hotspring, singgah dekat masjid yang letaknya dekat atas bukit jugak. View dia serious superb. Memang cantiklah. Meh nak share sikit. Tumpang gambar ye Shaz.



Akhirnya, lepas Maghrib sampai jugaklah kami ke homestay dekat atas bukit jugak. Lagi tinggi daripada masjid ni. 

                Malam tu kami diberitahu situasi sebenar muslimin dan apa yang berlaku sebenarnya tapi aku nak detailkan dekat sini susah jugak sebenarnya. Bolehlah baca sendiri dekat blog rentapyangsentap.blogspot.my atau Dzull97.blogspot.com. Apepun, aku sebenarnya bukan jenis yang makan dalam sangat. Dah minta maaf dan bagi sebab, settle. No hard feeling. Seriously.

                Malam yang sangat sejuk walaupun pakai baju berhelai – helai tambah pulak dengan comforter dan sweater. Esok pagi baru sedar yang water heater  tak function kesimpulannya rasa macam buat ice bucket challenge masa mandi. Fuh, mencabar.


View dia memang pergh… Thumbs up. Aku hanya mampu snap gambar sambil bertelekung dek kesejukan pagi yang menggigit di jendela bilik. Tak peduli dah apa jadi kat dapur. Hahaha… maaflah ye kawan – kawan . Keluar bilik dan breakfast nya megi. Pergh, masyuk… makan megi panas – panas dengan sosej blackpepper. Fuhh… aku yang tak berapa tolerate dengan pedas dan panas ni berair jugaklah mata.

Megi kuali sedap punya...

                Lepas check out, van kitorang yang first gerak ke Desa Dairy Cattle Farm. Excited tak ingat apa dah. Lepas satu, satu gambar amik sampai penat baru sedar. ‘Eh, mana orang lain tak sampai – sampai lagi ni?’ Rupa – rupanya depa pergi Pusat Latihan Dakwah dulu. Huhuhu…menangis laju – laju, nak pergi jugak… Boleh kata Desa Dairy Farm tu view dia ala – ala New Zealand lah. Daebak. Lembu – lembu putih tompok hitam lari – lari macam dalam citer omputeh pun ada. Bolehlah nak feel pergi oversea sikit kan.


Nak letak gambar sendiri segan so izinkan saya post gambar di sini ya

                Next, pergi pulak War Memorial Kundasang. Tempat memperingati tahanan – tahanan askar Australia kalau tak silap yang dipaksa jalan kaki dari  Sandakan ke Ranau masa komunis amik alih dulu. Tragis kot citer dia sebab daripada 2428 tahanan 6 orang ja survive. Fuh, insof. Bersyukurlah Malaysia dah merdeka.


                Dari sana terus direct balik ke Kota Kinabalu dan singgah ke Rumah Terbalik. Rumah dan perabot dia semua style kot sebab terbalik tapi jadi lawak bila boleh pulak orang yang guide tu buat cerita pasal siapa yang tinggal dalam tu. Macam krik – krik pon ada cerita dia. Hahaha… Amazed jugak ah sebab cane lah mesin jahit dalam rumah tu nak lawan graviti bumi ni. Dashat jugak ah dia pakukan aku taktaulah pakai apa dekat konon – kononnya lantai tu. Take note ye, dekat dalam takleh amik gambar so mehlah kita pakat – pakat amik gambar dekat luar. Luar tu ada toilet, alat bercucuk tanam ngan kereta. Aku pun tak paham asal ada toilet lak dekat luar tu. Kenapa ya?

Malam tu semua pakat gi Maahad Tahfiz Darul Hadis walaupun penat sebab dah janji tapi aku masa tu memang tak larat giler dan agak tak sihat jadinya aku stay jelah dekat homestay dengan Syaurah. Ujian… sabar jelah. Rasa rugi pun ada sebenarnya bila tengok gambar depa. Huhuhu… 

                Hari keempat. Pagi ni bertolak pergi Jesselton Point, tempat naik bot untuk ke Pulau Sapi. Wuhuuu… pergi pulau… Hahaha… Aku bukan suka air sangat tapi aku suka pergi pulau. Mungkin sebab feel dia kot. Scenery yang cantik dan air laut yang kebiruan sejuk mata memandang. Dah lama tak pergi pulau dan naik bot macam tu. Rindu… Dah nama anak Terengganu, pantai dan laut berpisah tiada. Hehehe…


                Sampai ja dekat Pulau Sapi, kami muslimat kena handle BBQ memandangkan memang tak bawa baju untuk mandi. Bila muslimin keluarkan ayam untuk BBQ, Masha Allah, mengucap ja banyak – banyak. Aku hanya mampu senyum. Speechless. Tiga ekor ayam complete tak potong lagi. Tak ada pisau, tak ada bahan nak perap. Memang menguji kesabaran betul. Sabar Najla, sabar. Masa tu aku dah cuba cari distraction pergi jalan – jalan tempat lain cari ketenangan. Maaflah kawan – kawan dan terima kasih dekat Mun, Jihah, Azirah, Hamizah, Mey, Anas dan lain – lain yang settlekan potong ayam, nyalakan api untuk BBQ dan masak sosej dengan ketam tu. Oleh kerana aku rasa nak redeem myself sebab bersalah aku pun cuba ambil alih bakar ayam masa Dzul dengan Maziz sampai lepas beli barang. Rasa bersalah jugak sebab emosional sangat mungkin. Maaf kawan – kawan. 

Balik dari Pulau Sapi terus ke Masjid UMS (Universiti Malaysia Sabah) untuk solat dan Aquaria UMS. First time masuk UMS dan macam kontra ja dengan UNIMAS. UNIMAS lebih kepada hutan dan UMS lebih kepada laut. Apepun, Aquaria tu best jugak. Boleh pegang ikan, starfish, timun laut. Hahaha… macam kanak – kanak lah pulak kan. Ikan besar manusia kot dalam tangki kaca tu. Daebak. Selfie lagi, snap gambar lagi banyak – banyak. Hahaha…

Then, gerak ke Masjid Bandaraya. Masjid tu macam Masjid Terapung dekat Terengganu. Hajatnya nak naik bot yang boleh kayuh – kayuh tu,(bot eh, entahlah) tapi rosak pulak. Alaaa… jadinya jalan – jalan jelah dekat kawasan masjid tu. Masjid tu memang diimarahkan lah. Bagus sangat suasananya. Menarik perhatian jugaklah bila pelancong yang non – muslim dan tak menutup aurat datang depa kena tukar baju yang disediakan. Standard biasa dekat masjid – masjid lain depa bagi bathrobe je kan tapi dekat masjid ni memang depa bagi pakai jubah dan tudung yang cantik. Salute. Biar orang nampak Islam itu indah dan tak racist.

Dari  Masjid Bandaraya terus ke tempat yang memang semua muslimat suka lah, Pasar Phillipines. Memang kalau ikutkan hati nak borong habis – habisan tapi oleh kerana poket tak berapa nak berisi so bajet – bajet lah jugak berbelanja. Huhuhu… dah nama perempuan kan, instinct shopping tu memang adalah. Finally keluar dari Pasar Phillipines dengan satu not biru ja dalam purse. Hahaha… gelak haru… Survive jelah Najla untuk lagi 1 hari dekat sini.

Malam tu lepas Isyak, keluarga Amirul Ikmal jemput kami join kenduri dekat rumah dia. Memang bagai pucuk dicita ulam mendatang sebenarnya. Makanan yang super sedap, layanan tuan rumah yang sangat baik dan siap dapat doorgift mahal lagi. Thanks Mirul and family ;-)


Hari terakhir di Sabah, dapat berita flight delay ke malam pulak. Okey, risau tengok purse. Hahaha… breakfast pagi tu aci makan ja megi dan makanan – makanan lain yang masih ada dari hari sebelum – sebelum tu. Asal kenyang ja, Alhamdulillah. Oleh kerana awal lagi nak pergi rumah Dzul Hilmi dekat Papar so Pak Cik Jamal bawaklah kami ke ‘pondok’ dia. Hurm, ‘pondok’ dua tingkat. Cantik rumah Pak Cik Jamal walaupun katanya guna bila Hari Raya ja. Next, kami menziarahi Ustaz Zulkifli, ustaz Dzul. Sempat jugaklah taaruf dengan ustaz dan isterinya sambil makan kuih muih. Tak kenal maka taaruf kan… 

Dalam pukul 11 pagi lebih macam tu sampailah ke rumah Dzul Hilmi. Hah, besaqnya rumah. Perut masa tu dah buat lagu keroncong dah tambah pula tengok lauk macam makanan dekat rumah. Huhuhu… nak balik rumah. Sempatlah jugak lepak – lepak rumah Dzul makan buah ajaib dengan limau kasturi. First time kot jumpa buah yang boleh buat buah masam yang lain jadi manis. Mula – mula maca tak percaya tau tapi bila dah try terpaksalah percaya sebab memang jadi manis limau kasturi tu. Serious, tak tipu. Terima kasih kepada semua ahli keluarga Dzul lah dari ayah Dzul, Mak Cik Ana (ibu Dzul), abang Dzul, adik Dzul dan Azzam yang comel sekali untuk makanan, layanan baik dan segala pertolongan.


Bagi menghabiskan masa berbaki petang tu, kami melawat Muzium Sabah. Best jugak dapat tahu sejarah dan budaya Sabah ni. Menarik sebab dekat semenanjung mana ada etnik yang banyak – banyak ni. Seram jugak ada yang main penggal – penggal kepala sebagai tanda keberanian macam tu. Sejarah kan, harap – harap sekarang dah tak ada macam tu kan.

Dah nak balik dah… Lepas makan dekat kedai terus proceed ke Kota Kinabalu International Airport. Check in luggage semua. Sedih sangat nak tinggalkan bumi Sabah. Walaupun lima hari ja, tapi lima hari yang sangat bererti. Layanan Pak Cik Jamal yang macam ayah kami sendiri dan sahabat – sahabat dari Sabah, Dzul, MIrul, Mesyi, Aiza, Zana, Ima dan lain – lain yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Aku nak ucapkan ribuan malah jutaan terima kasih atas segala penat lelah kalian. 

Betullah, kalau nak kenal sahabat tu, bermusafirlah dengannya. Aku dapat rasa ukhuwwah yang makin erat antara satu sama lain. Apabila sahabat – sahabat mula menjadi dirinya sendiri, ketika baik buruknya mula disedari, waktu itulah persahabatan kita akan diuji. Adakah kita dapat menerima mereka seadanya? Kalau jawapannya tidak maka refleksi untuk koreksi hati kita hari ini, tanya pada hati,
‘Adakah aku berukhuwwah dengannya kerana Allah atau hanya untuk kepentingan diri?’

Jika jawapannya ya maka Alhamdulillah moga – moga ukhuwwah ini akan kekal hingga ke syurga. 

Biar susah bersama, senang bersama.
Jika suatu hari aku terleka sahabat, tariklah aku kembali,
Jangan biarkan aku hanyut ditelan kegelapan duniawi,
 Itu tandanya sayang hingga ke negeri abadi.
Insha Allah sama – sama kita mencari,
Redha Ilahi.

Wallahua’lam…
Assalamualaikum…


4 comments:

  1. 😂 kisah tinggal satu ja not biru memang menyayat hati😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... sekali seumur hidup tu. Tak akan berulang dah.

      Delete
    2. haha..balik2 posa la plak..posa sebelum pi dh..ni posa lepas pi plak..

      Delete
  2. uuuu . haibat . done korek2 blog

    ReplyDelete