Saturday, 20 February 2016

Apa Itu Bahagia?



Assalamualaikum warahmatullah…
Bismillahirrahmanirrahim.

       Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kembali menulis. Takdelah lama sangat gap dengan post aku sebelum ni tapi aku nak jugak tulis kali ni. Hehehe..

       Tajuk atas tu serious cheesy giler tapi benda tu lah aku nak bincang hari ni. Ceewah, hahaha. Lawaklah aku tulis post macam ni. Ceritanya bermula macam ni. Jeng, jeng, jeng… Takdelah cerita mana pon cuma random thought kot. Korang boleh fikir macam aku tapi bukan semua benda tau. Ada certain perkara yang korang tak boleh persoalkan sesuka hati ja terutamanya hal – hal agama. Apepun, meh layan aku punya random thought dulu. 

      Korang pernah tak fikir apa tu bahagia? Dia macam satu lintasan hati dimana kita mempersoalkan balik apa tu bahagia? Apa erti bahagia bagi aku? Lepas tu aku mulalah tanya orang apa perspektif bahagia dari mata hati diorang. Yup, mata hati sebab mustahil mata kasar dapat melihat apa hati diorang rasa. Eh, kan…

        Banyak jawapan aku dapat dari sisi pandang yang berbeza. Yelah, bahagia kan subjektif. Tiada yang salah melainkan yang benar – benar belaka. Eheh. Meh aku share sikit jawapan kawan – kawan aku dan juga kawan – kawan kepada kawan – kawan aku. Hahaha… Jawapan daripada seorang kawan ni. Nak mention ka ek? Erm, takyah ah… Hahaha… Okey, okey. Serious. Ni jawapan dia.

        ‘Pertama sekali , macam mana aku nak tahu aku bahagia adalah apabila hati aku selalu ja rasa berbunga – bunga. Tak kisah walaupun masa tu aku banyak masalah.’ 

Masa ni aku duk cuba bayangkan macam manalah bunga – bunga dalam hati tu ek. Hahaha… Lepas tu dia sambung lagi.

         ‘Kedua bila aku tengok orang lain bahagia. Walaupun aku tengah sengsara masa tu. Salah satu cara untuk mengubat kesedihan sendiri adalah berbahagia untuk kebahagiaan orang lain.’

Hurm, yang ni aku macam pernah rasa tapi bila difikirkan balik, once orang tu keluar dari hidup kita adakah bahagia itu turut dibawa pergi bersama?*ini bukan cinta cintun yang ntahpape tu ek* Itu hakikat kalau kebahgiaan kita bersandarkan sesuatu yang tidak kekal. Maka jalan keluarnya adalah, berbahagialah apabila kita merasakan kita membuat pilihan yang diredhai Allah dan menyerahkan sepenuh ketaatan kepadaNya. Kan…
Teringat pulak satu quote ni :

           ‘Cinta Allah urusan manusia, Cinta manusia urusan Allah’ 

Am I right? I am right, agree? Hahaha…

Tak abeh lagi. Ni last.

          ‘Ketiga, bahagia tu tak semestinya dengan dapat apa yang aku nak. Walaupun aku tak dapat apa yang aku nak tapi aku tahu sesuatu yang berlaku tu yang terbaik dan Allah bagi spesel untuk aku. Aku nangis bahagia masa tu’

Dekat sini aku dapat kaitkan bahagia tu dengan kesyukuran. Redha jugak dengan segala yang berlaku. Mungkin bahagia tu dapat dikecapi apabila kita dapat berlapang dada dengan sesuatu tu. Huh, yang ni berat. Bagi akulah. Insha Allah orang yang baca ni kan semua hebat – hebat so aku rasa takde masalah. Memori lampau banyak menghantui aku. Berat tapi dah tiba masa untuk aku move on. Masa tak boleh diundur, benda yang berlaku biarlah kekal sejarah. 

Kawan aku pernah cakap macam ni masa aku down giler dan semua benda berkecamuk.

          “Jangan salahkan siapa– siapa. Bukan salah kau, bukan salah mereka dan jangan pernah sekali – kali menyalahkan takdir Tuhan. Tiada siapa yang nak benda ni berlaku tapi kalau qadha dan qadar tertulis macam tu nak buat macam mana. Redha.”

Yup, aku setuju dan sampai sekarang aku cuba untuk pegang kata – kata ni. Belajar untuk memaafkan dan belajar untuk menerima.

Ni baru sorang kawan, ada beberapa lagi aku nak share. Antaranya.

          ‘Bahagia itu adalah perkara yang manis dalam hidup yang mendatangkan kebaikan dalam diri serta mengeratkan kasih sayang antara orang yang buat kita bahagia tu. Tak ada yang lebih bahgia melainkan kasih sayang.’

So dari ayat atas ni aku boleh simpulkan yang bahagia itu hadir dengan kewujudan kasih sayang. True indeed. Siapalah yang tak happy kalau ada orang sayang dia. Betul kan?

Ni last, lawak tapi aku tak deny. Hehehe…

          ‘Bahagia tu bila kau senyum sorang – sorang tanpa sebab dan rasa semua benda okey dan takde masalah.’

Adakah tengok phone sambil tersengih sorang – sorang dikira bahagia? Eh, hahaha…

         Okeylah, aku duk share orang punya definisi bahagia ja kan. Mesti orang menunggu apa definisi bahagia bagi aku pulak. Sebelum tu kan, aku nak share definisi bahagia dari Kamus Dewan *tak nampak dah edisi ke berapa sebab aku screenshot  ja. Hehehe…


         Bahagia bagi aku yang aku terfikir sekarang adalah apabila aku tak sendirian. Sentiasa ada orang untuk menyambut aku bila aku jatuh, sentiasa ada orang bergelak ketawa meraikan kegembiraan dengan aku, dan sentiasa ada orang yang bersedia untuk menerima luahan hati aku. Pelik juga macam mana aku come out dengan konklusi macam ni padahal aku boleh kata introvert jugaklah. Mungkin kerana perasaan B.A.H.A.G.I.A itu sendiri. Iya, aku bahagia. Hahaha…

THE END.

Assalamualaikum…

p/s : Mohon sesiapa yang rasa ayat dia dah diolah kembali mohon jangan marah ye. Izinkan saya menggunakan ayat - ayat anda ya. Hehehe… #JanganKecamSaya.








1 comment:

  1. uuuuuu~~ ni la definisi bahagia awak yee... hahaha.. macam kenal ja hashtag tu. =p hihi..

    semua orang pun pasti menemui bahagia.

    ReplyDelete