Assalamualaikum warahmatullahi
wabarokatuh…
Bismillahirrahmanirrahim…
Okey,
kita sambung cerita jaulah. Balik dari Poring Hotspring, singgah dekat masjid
yang letaknya dekat atas bukit jugak. View dia serious superb. Memang
cantiklah. Meh nak share sikit. Tumpang gambar ye Shaz.
Akhirnya, lepas Maghrib sampai
jugaklah kami ke homestay dekat atas bukit jugak. Lagi tinggi daripada masjid
ni.
Malam
tu kami diberitahu situasi sebenar muslimin dan apa yang berlaku sebenarnya
tapi aku nak detailkan dekat sini susah jugak sebenarnya. Bolehlah baca sendiri
dekat blog rentapyangsentap.blogspot.my atau Dzull97.blogspot.com. Apepun, aku
sebenarnya bukan jenis yang makan dalam sangat. Dah minta maaf dan bagi sebab, settle.
No hard feeling. Seriously.
Malam
yang sangat sejuk walaupun pakai baju berhelai – helai tambah pulak dengan
comforter dan sweater. Esok pagi baru sedar yang water heater tak function kesimpulannya rasa macam buat
ice bucket challenge masa mandi. Fuh, mencabar.
View dia
memang pergh… Thumbs up. Aku hanya mampu snap gambar sambil bertelekung dek
kesejukan pagi yang menggigit di jendela bilik. Tak peduli dah apa jadi kat
dapur. Hahaha… maaflah ye kawan – kawan . Keluar bilik dan breakfast nya megi.
Pergh, masyuk… makan megi panas – panas dengan sosej blackpepper. Fuhh… aku
yang tak berapa tolerate dengan pedas dan panas ni berair jugaklah mata.
![]() |
| Megi kuali sedap punya... |
Lepas
check out, van kitorang yang first gerak ke Desa Dairy Cattle Farm. Excited tak
ingat apa dah. Lepas satu, satu gambar amik sampai penat baru sedar. ‘Eh, mana
orang lain tak sampai – sampai lagi ni?’ Rupa – rupanya depa pergi Pusat
Latihan Dakwah dulu. Huhuhu…menangis laju – laju, nak pergi jugak… Boleh kata
Desa Dairy Farm tu view dia ala – ala New Zealand lah. Daebak. Lembu – lembu putih
tompok hitam lari – lari macam dalam citer omputeh pun ada. Bolehlah nak feel
pergi oversea sikit kan.
![]() |
| Nak letak gambar sendiri segan so izinkan saya post gambar di sini ya |
Next,
pergi pulak War Memorial Kundasang. Tempat memperingati tahanan – tahanan askar
Australia kalau tak silap yang dipaksa jalan kaki dari Sandakan ke Ranau masa komunis amik alih dulu.
Tragis kot citer dia sebab daripada 2428 tahanan 6 orang ja survive. Fuh,
insof. Bersyukurlah Malaysia dah merdeka.
Dari
sana terus direct balik ke Kota Kinabalu dan singgah ke Rumah Terbalik. Rumah
dan perabot dia semua style kot sebab terbalik tapi jadi lawak bila boleh pulak orang yang guide tu buat cerita pasal siapa yang tinggal dalam tu. Macam krik – krik pon
ada cerita dia. Hahaha… Amazed jugak ah sebab cane lah mesin jahit dalam rumah
tu nak lawan graviti bumi ni. Dashat jugak ah dia pakukan aku taktaulah pakai
apa dekat konon – kononnya lantai tu. Take note ye, dekat dalam takleh amik
gambar so mehlah kita pakat – pakat amik gambar dekat luar. Luar tu ada toilet,
alat bercucuk tanam ngan kereta. Aku pun tak paham asal ada toilet lak dekat
luar tu. Kenapa ya?
Malam
tu semua pakat gi Maahad Tahfiz Darul Hadis walaupun penat sebab dah janji tapi
aku masa tu memang tak larat giler dan agak tak sihat jadinya aku stay jelah
dekat homestay dengan Syaurah. Ujian… sabar jelah. Rasa rugi pun ada sebenarnya
bila tengok gambar depa. Huhuhu…
Hari
keempat. Pagi ni bertolak pergi Jesselton Point, tempat naik bot untuk ke Pulau
Sapi. Wuhuuu… pergi pulau… Hahaha… Aku bukan suka air sangat tapi aku suka
pergi pulau. Mungkin sebab feel dia kot. Scenery yang cantik dan air laut yang
kebiruan sejuk mata memandang. Dah lama tak pergi pulau dan naik bot macam tu.
Rindu… Dah nama anak Terengganu, pantai dan laut berpisah tiada. Hehehe…
Sampai
ja dekat Pulau Sapi, kami muslimat kena handle BBQ memandangkan memang tak bawa
baju untuk mandi. Bila muslimin keluarkan ayam untuk BBQ, Masha Allah, mengucap
ja banyak – banyak. Aku hanya mampu senyum. Speechless. Tiga ekor ayam complete
tak potong lagi. Tak ada pisau, tak ada bahan nak perap. Memang menguji
kesabaran betul. Sabar Najla, sabar. Masa tu aku dah cuba cari distraction
pergi jalan – jalan tempat lain cari ketenangan. Maaflah kawan – kawan dan
terima kasih dekat Mun, Jihah, Azirah, Hamizah, Mey, Anas dan lain – lain yang
settlekan potong ayam, nyalakan api untuk BBQ dan masak sosej dengan ketam tu.
Oleh kerana aku rasa nak redeem myself sebab bersalah aku pun cuba ambil alih
bakar ayam masa Dzul dengan Maziz sampai lepas beli barang. Rasa bersalah jugak
sebab emosional sangat mungkin. Maaf kawan – kawan.
Balik dari
Pulau Sapi terus ke Masjid UMS (Universiti Malaysia Sabah) untuk solat dan
Aquaria UMS. First time masuk UMS dan macam kontra ja dengan UNIMAS. UNIMAS
lebih kepada hutan dan UMS lebih kepada laut. Apepun, Aquaria tu best jugak.
Boleh pegang ikan, starfish, timun laut. Hahaha… macam kanak – kanak lah pulak
kan. Ikan besar manusia kot dalam tangki kaca tu. Daebak. Selfie lagi, snap
gambar lagi banyak – banyak. Hahaha…
Then, gerak ke
Masjid Bandaraya. Masjid tu macam Masjid Terapung dekat Terengganu. Hajatnya
nak naik bot yang boleh kayuh – kayuh tu,(bot eh, entahlah) tapi rosak pulak.
Alaaa… jadinya jalan – jalan jelah dekat kawasan masjid tu. Masjid tu memang
diimarahkan lah. Bagus sangat suasananya. Menarik perhatian jugaklah bila
pelancong yang non – muslim dan tak menutup aurat datang depa kena tukar baju
yang disediakan. Standard biasa dekat masjid – masjid lain depa bagi bathrobe
je kan tapi dekat masjid ni memang depa bagi pakai jubah dan tudung yang
cantik. Salute. Biar orang nampak Islam itu indah dan tak racist.
Dari Masjid Bandaraya terus ke tempat yang memang
semua muslimat suka lah, Pasar Phillipines. Memang kalau ikutkan hati nak
borong habis – habisan tapi oleh kerana poket tak berapa nak berisi so bajet –
bajet lah jugak berbelanja. Huhuhu… dah nama perempuan kan, instinct shopping
tu memang adalah. Finally keluar dari Pasar Phillipines dengan satu not biru ja
dalam purse. Hahaha… gelak haru… Survive jelah Najla untuk lagi 1 hari dekat
sini.
Malam tu lepas
Isyak, keluarga Amirul Ikmal jemput kami join kenduri dekat rumah dia. Memang
bagai pucuk dicita ulam mendatang sebenarnya. Makanan yang super sedap, layanan
tuan rumah yang sangat baik dan siap dapat doorgift mahal lagi. Thanks Mirul
and family ;-)
Hari terakhir
di Sabah, dapat berita flight delay ke malam pulak. Okey, risau tengok purse.
Hahaha… breakfast pagi tu aci makan ja megi dan makanan – makanan lain yang
masih ada dari hari sebelum – sebelum tu. Asal kenyang ja, Alhamdulillah. Oleh
kerana awal lagi nak pergi rumah Dzul Hilmi dekat Papar so Pak Cik Jamal
bawaklah kami ke ‘pondok’ dia. Hurm, ‘pondok’ dua tingkat. Cantik rumah Pak Cik
Jamal walaupun katanya guna bila Hari Raya ja. Next, kami menziarahi Ustaz
Zulkifli, ustaz Dzul. Sempat jugaklah taaruf dengan ustaz dan isterinya sambil
makan kuih muih. Tak kenal maka taaruf kan…
Dalam pukul 11
pagi lebih macam tu sampailah ke rumah Dzul Hilmi. Hah, besaqnya rumah. Perut
masa tu dah buat lagu keroncong dah tambah pula tengok lauk macam makanan dekat
rumah. Huhuhu… nak balik rumah. Sempatlah jugak lepak – lepak rumah Dzul makan
buah ajaib dengan limau kasturi. First time kot jumpa buah yang boleh buat buah
masam yang lain jadi manis. Mula – mula maca tak percaya tau tapi bila dah try
terpaksalah percaya sebab memang jadi manis limau kasturi tu. Serious, tak
tipu. Terima kasih kepada semua ahli keluarga Dzul lah dari ayah Dzul, Mak Cik
Ana (ibu Dzul), abang Dzul, adik Dzul dan Azzam yang comel sekali untuk
makanan, layanan baik dan segala pertolongan.
Bagi
menghabiskan masa berbaki petang tu, kami melawat Muzium Sabah. Best jugak
dapat tahu sejarah dan budaya Sabah ni. Menarik sebab dekat semenanjung mana
ada etnik yang banyak – banyak ni. Seram jugak ada yang main penggal – penggal kepala
sebagai tanda keberanian macam tu. Sejarah kan, harap – harap sekarang dah tak
ada macam tu kan.
Dah nak balik
dah… Lepas makan dekat kedai terus proceed ke Kota Kinabalu International
Airport. Check in luggage semua. Sedih sangat nak tinggalkan bumi Sabah.
Walaupun lima hari ja, tapi lima hari yang sangat bererti. Layanan Pak Cik
Jamal yang macam ayah kami sendiri dan sahabat – sahabat dari Sabah, Dzul,
MIrul, Mesyi, Aiza, Zana, Ima dan lain – lain yang membantu secara langsung
mahupun tidak langsung. Aku nak ucapkan ribuan malah jutaan terima kasih atas
segala penat lelah kalian.
Betullah,
kalau nak kenal sahabat tu, bermusafirlah dengannya. Aku dapat rasa ukhuwwah
yang makin erat antara satu sama lain. Apabila sahabat – sahabat mula menjadi
dirinya sendiri, ketika baik buruknya mula disedari, waktu itulah persahabatan
kita akan diuji. Adakah kita dapat menerima mereka seadanya? Kalau jawapannya
tidak maka refleksi untuk koreksi hati kita hari ini, tanya pada hati,
‘Adakah aku
berukhuwwah dengannya kerana Allah atau hanya untuk kepentingan diri?’
Jika jawapannya ya maka
Alhamdulillah moga – moga ukhuwwah ini akan kekal hingga ke syurga.
Biar susah
bersama, senang bersama.
Jika suatu hari aku terleka
sahabat, tariklah aku kembali,
Jangan biarkan aku hanyut ditelan
kegelapan duniawi,
Itu tandanya sayang hingga ke negeri abadi.
Insha Allah sama – sama kita
mencari,
Redha Ilahi.
Wallahua’lam…
Assalamualaikum…












😂 kisah tinggal satu ja not biru memang menyayat hati😂
ReplyDeleteHahaha... sekali seumur hidup tu. Tak akan berulang dah.
Deletehaha..balik2 posa la plak..posa sebelum pi dh..ni posa lepas pi plak..
Deleteuuuu . haibat . done korek2 blog
ReplyDelete