Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Kali ni aku rasa macam nak tulis pasal salah satu lagi unique things dekat KI, tarbiyah. Frankly speaking, aku baru faham apa sebenarnya tarbiyah masa masuk KI. Memang sebelum ni aku belajar je Arab, dapat A untuk PMR tapi ia sekadar untuk penyedap mata tengok slip PMR je kot. Tak masuk dalam hati sangat. Even aku ambil Arab sebab mak aku dan aku sendiri pun rasa macam best je tengok ada satu A lebih berbanding orang lain. Hahaha…fikiran kolot giler. Ikutkan hati aku, aku nak ambik muzik sebab tu life aku masa sekolah rendah. Kalau tiap – tiap hari masuk latihan tengok orang main rekoder, drum, keyboard piano, gitar memanglah hati lekat terus. Tapi apa – apa pun ada hikmahnya aku ikut cakap mak aku amik arab, masuk KI dan etc.
Kali ni aku rasa macam nak tulis pasal salah satu lagi unique things dekat KI, tarbiyah. Frankly speaking, aku baru faham apa sebenarnya tarbiyah masa masuk KI. Memang sebelum ni aku belajar je Arab, dapat A untuk PMR tapi ia sekadar untuk penyedap mata tengok slip PMR je kot. Tak masuk dalam hati sangat. Even aku ambil Arab sebab mak aku dan aku sendiri pun rasa macam best je tengok ada satu A lebih berbanding orang lain. Hahaha…fikiran kolot giler. Ikutkan hati aku, aku nak ambik muzik sebab tu life aku masa sekolah rendah. Kalau tiap – tiap hari masuk latihan tengok orang main rekoder, drum, keyboard piano, gitar memanglah hati lekat terus. Tapi apa – apa pun ada hikmahnya aku ikut cakap mak aku amik arab, masuk KI dan etc.
KI, aku tak tahulah dekat KI je ke
ditekankan benda ni atau dekat tempat lain ada jugak tapi KI buka chapter baru
dalam hidup aku. Aku memang salute dekat orang – orang yang berjaya mentarbiyah
aku yang memang keras kepala dan susah nak terima pendapat orang. Bila dekat
rumah aku rasa lack of tarbiyah. Yelah kan semua benda kalau nak memang kena
cari sendiri. Dalam life aku mana ada orang paksa pergi dengar ceramah ke, baca
kitab ke, dengar talk dalam tv ke bukak Ikim ke. Ikutkan hati memang bukak Hitz
, Fly tak pun kadang – kadang Hot atau
Era tapi bila start masuk KI, aku adalah sikit sense nak dengar Ikim, bukak
Oasis tengok Dr. Zakir Naik ke, tengok Pencetus Ummah atau Fattabiuni.
Everybody can change kan. Nak atau tak
nak je, tepuk dada tanya iman. Depend on orang tu jugaklah macam mana nak
terima tarbiyah dekat sana tapi aku boleh terimalah. At least setiap hari wajib
ada makanan rohani tu. Even kalau bukan masa tazkirah formal dekat musolla pun,
nanti masa masuk dalam kelas boleh je cakap, sembang – sembang pasal apa – apa
topik walaupun kadang – kadang mengarut tapi masuk hati jugaklah. Tarbiyah tu
macam tak terhad melalui kata – kata je tapi involve sekali dengan attitude and
action. Yelah kan, sentap kut kalau something tu kita tak patut buat dekat
certain tempat tapi orang sebelah buat benda yang betul and then macam zuq,
alamak aku dah buat benda yang salah. Kalau akulah kan, aku rasa macam tu.
Environment banyak mengajar aku.
Bila masuk KI, rasanya setiap orang
mesti ada jawatan walau sekecil mana pun tapi benda tu penting. Yelah sebab
semua orang akan menyumbang dan meringankan beban satu sama lain. Mana ada orang
boleh buat kerja sorang – sorang. Contoh macam kometri, kalau tak ada diorang
memang pening KP nak settle benda – benda tu. Semua jawatan tu akan mengajar
nilai tanggungjawab dan amanah dalam tugas kita. Bila masuk je KI, kena awal –
awal set mind yang kita datang bukan hanya untuk dapat 11A+ dan aktif dalam ko
kurikulum sikit – sikit untuk masuk universiti yang hebat – hebat semata – mata
tapi untuk mentarbiyah diri zahir dan batin. Pengasas KI, Dr. Zulkifli Muhammad
pernah cakap:
‘
Saya tidak akan redha orang yang datang ke bumi ini hanya untuk mendapat ilmu
dunia semata – mata’
Betapanya
diorang memang nak KI ni melahirkan individu yang akan menyumbang kepada Islam
kelak.
Aku memang tak cakap dekat KI ni semua
orang macam malaikat, semuanya baik, jalan tengok bawah tapi setiap orang yang
ada dekat KI ni akan mengajar kita banyak perkara. Aku ada satu statement yang
nak share tapi bukan aku yang tulis. Ada dekat cawan polisterin seseorang tapi
ayat dia memang menarik. Macam ni bunyinya :
‘
We met for a reason, either you’re a blessing or a lesson’
So
semuanya depend on kita nak judge something tu macam mana. Apapun, nasihat aku
bagi yang masih di KI atau nak masuk KI, sentiasa fikir positif sesuatu perkara
tu. Setiap perkara yang berlaku mesti ada sebab, cuba ambil masa turunkan ego,
dan fikir balik hikmah sesuatu perkara tu berlaku. It helps a lot sometimes.
Kalau tak dapat jumpa hikmah dia pun at least akan rasa relieve sikit. Tak
adalah tension sangat. Sentiasa ingat Allah tak buat sesuatu tanpa sebab. Mesti
ada kebaikannya atas setiap perkara yang berlaku.
Percayalah, kalau kita sentiasa fikir
macam tu, hidup akan ceria dan tenang kut. Hahaha…* diri sendiri masa dekat KI
last –last baru rasa nak fikir macam tu * Just ingat apapun berlaku, Allah sentiasa
ada dan kawan – kawan pun ada yang akan support. Keep calm and smile.
Sekian sahaja coretan kali ni. Jika
diizinkan Yang Maha Esa, nanti aku tulis lagi…
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment