Monday, 9 March 2015

Anak Kecil Yang Bertekad



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

      Hari ni aku nak ajak korang berfikir dan bersyukur. Serius aku cakap kan, most of us hidup tak adalah susah sangat kan. Tak adalah sampai kena buat kerja untuk cari duit untuk sekolah, untuk hidup. Statement ni bukan untuk yang kerja untuk tambah duit belanja ke, tolong ibu bapa ke, yang tu lain cerita ek.

       Adalah satu hari tu, aku dengan family keluar jenjalan dekat negeri kitorang punya pusat bandarlah (hehehe…saja tak nak cakap dekat mana). Hari tu memang susah nak cari parking. Mostly full,yelah kan cuti sekolah dan orang pejabat kerja. Parking yang dekat – dekat dengan bangunan kedai yang kitorang pergi tu semua full tambah pulak dengan construction dekat area tu. Memang serabut traffic hari tu tapi tak adalah sampai jam. 

      Oleh sebab itu (cewah…penanda wacana SPM tuh), kitorang pun parking’lah’ dekat parking lot yang jauh sikitlah. Nak tak nak memang kena jalanlah, tu je satu – satunya pilihan yang ada melainkan kalau nak duduk je dalam kereta tengah – tengah panas terik yang memang fuu… membakar.

     Masa mak aku tengah shopping tu, mata aku tertangkap susuk tubuh yang boleh dikategorikan ‘comel’lah..hehehe..jangan marah. Seorang budak lelaki yang aku rasa dalam darjah 4,5 atau 6 macam tu lah tengah bawak dua buah bakul picnic yang besar jugaklah. Mula – mula tu aku macam tertanya – tanya jugaklah amendelah budak ni buat bawak bakul besar tengah – tengah jalan kedai yang sempit nih. Aku tengok dia nak jalan pun susah. Yelah bakul tu nampak macam berat kut. Budak tu tak adalah tinggi mana. Kesian pulak aku tengok.

     Tak lama lepas tu, dia berhenti dekat depan sebuah kedai. Pak cik kedai tu geleng – geleng lepas tu suruh dia pergi. Dia pun jalan lagi dengan bawak bakul tu. Masa tu mak aku dah siap shopping dan kitorang pun dah berjalan balik ke kereta. Tengah – tengah jalan tu, aku jumpa lagi dengan budak tadi berhenti dekat tangga laluan masuk ke pejabat amende ntah. Dah berpeluh – peluh basah baju budak tu. Masa lalu tu aku jenguklah apa ada dalam bakul tu. Dalam tu ada kuih – kuih yang dah siap dipeket dalam plastik. Banyak lagi ada dekat dalam tu walaupun masa tu dah pukul 11 lebih dah. 

   Hajat untuk berhenti dan membeli sesuatu daripada budak tu terpaksa diketepikan sebab family aku dah jalan tinggalkan aku sorang – sorang dekat belakang. Apepun, budak tu membuatkan aku berfikir dan  memang bersyukur dengan life aku. Tak adalah pulak masa cuti sekolah aku pergi menjaja kuih macam tu. Cuti sekolah aku..hahaha..topup tidur, main game, tengok movie. Bila dah besar sikit ni sedarlah jugak keperluan untuk study masa tu.
         
     Dua tiga menjak ni kan, aku macam sedar jugaklah cerita – cerita dalam tv yang macam dalam slot Cerekerama TV3 tu memang berlaku dekat dunia realiti. Macam abang aku kata, “ Orang nak buat cerita – cerita tu mesti dapat ilham daripada kehidupan sebenar jugak”. Okey, kali ni he’s right.

 Aku ingatkan benda – benda macam ni ada dekat Indonesia je tapi realitinya mana – mana negara pun ada aku rasa. Apepun aku salute dekat budak tu sebab tak putus asa then tak rasa malu kot. Yelah, kalau difikirkan balik nak malu apa kan, bukannya rezeki tu haram pun. Sepatutnya orang yang senang – senang mencuri barang orang lain tu rasa malu. Malu dekat masyarakat, malu dekat diri sendiri dan yang paling penting, malu dengan Allah. Allah bagi tubuh badan sihat semua tapi tak guna. Amik jalan mudah mencuri. Sesiapa yang pernah terambik barang orang ke, duit ke, bagi baliklah. Tak larat kut nanti nak angkut nak bagi dekat tuan punya di padang mahsyar nanti. Kita pun tak pernah tahu dia halalkan atau tak.

Setakat tu saja post aku kali ni kot. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Fikir – fikirkanlah dan selamat beramal.

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment