Monday, 9 March 2015

The Real Journey Begin Now ( Friends )



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Tik tok tik tok, aku dah masuk 17 tahun. Tik tok tik tok lagi, aku dah habis SPM, dah jadi ALKIS dah pun. Life memang sekejap jer berlalu. Bila dah ada dekat rumah, tak sampai seminggu dah bosan. Rasa macam buang masa giler sebab kerja makan, minum, tidur, baca buku dan putaran hidup tu asyik rotate jer setiap hari. Tak ada progress yang ketara sangat pun. Kalau ada beza sikit pun mungkin thaqafah kut. Sepanjang baru cuti ni adalah beberapa buku yang dah habis baca tapi sekadar baca dan faham. Entahlah macam tak ada kekuatan nak apply fully dalam hidup. Nak bukak lagu yang baik – baik sikit dalam mp3 pun macam berat jer. Memang nafsu menguasai diri yang teramat sangatlah. Kepala masih ada dekat KI. Tak boleh nak lupa saat – saat dekat sana. Jasad je kut dekat rumah tapi roh dekat KI. Tak taulah nak buat macam mana nak kembalikan roh tu ke rumah. Huh, haru.

Kawan ……one of the unique things in KI kan…. Memang tak boleh nafikan rasa rindu tu. Salah aku jugak kut. Minggu – minggu terakhir dekat KI baru aku hargai sahabat – sahabat yang ada dekat sekeliling aku. Sebelum ni, aku dalam hidup aku, settlekan kerja – kerja aku, struggle untuk SPM, dan life banyak habiskan masa dengan kerja – kerja lain jer. Ukhuwah….krik, krik, krik, krik.

Aku ingat lagi masa akhir tahun form 4. Memang tak ramai yang berani tegur aku depan – depan, surat pun cam gitu – gitu jer. Aku pun tak tahulah kenapa. Aku garang sangat ek ? Tapi aku dapat tahu daripada seseorang ( aku tak ingatlah siapa ) yang budak dorm tegur aku sebab jarang ada dekat dorm. Ada budak dorm suruh seseorang ni sampaikan dekat aku tapi dia tak sampaikan  pun. Aku pun dapat tahu benda ni daripada orang lain. Memang aku rasa bersalah seriously memang terasa tapi bak  satu rangkap lagu Que Sera – Justice Crew yang masa rap tuh…

‘ Yesterday is history,
 You gotta get through it,
 Tomorrow is a mystery,
 So let’s just do it ’

    Memang masa form 4 aku selalu jugaklah balik dorm pukul 1 lebih. Jarang – jarang habiskan masa dengan budak dorm. Hujung minggu memang tak lekat dalam dorm, ada je kerja yang sekarang ni aku tak tahulah apa yang aku buat masa tu.

          Bila dah minggu last – last tu, susahlah pulak nak spend masa dengan diorang sebab semua sibuk nak study lah, kemas barang lah, macam – macam lagilah… Sekarang aku rasa macam ruuuuuugi sangat so adik – adik  jangan jadi macam ni tau. Manfaatkan setiap masa yang ada dekat KI sebaiknya tau. Sebab kita duduk dekat KI dua tahun je pun. Kalau jadi stayer pun masa tu dah jumpa orang lain pulak. Perasaan dia dah jadi lain. * Hahaha… bajet macam pernah jadi stayer je *

        Alhamdulillah, aku memang bersyukur sangat – sangat dekat Allah sebab bagi aku kawan yang  aku memang salute ah dengan setiap orang kawan yang aku ada dekat KI tak kisahlah senior ke, junior ke, satu batch ke…setiap daripada diaorang memang mengajar aku banyak sangat benda daripada sekecil – kecil benda yang sebelum ni aku tak pandang sangat tapi hakikatnya benda tu penting sampailah sebesar – besar benda yang banyak tolong aku dalam organisasi. Memang aku dekat KI aku banyak jugaklah pegang jawatan dan memang aku akui aku banyak buat salah dalam memimpin organisasi tu tapi sentiasa ada kawan yang akan nasihat aku, tegur aku dan aku memang appreciate sangat diaorang ni berbanding orang yang asyik cakap dia respect aku lah bagai padahal belakang kutuk aku. Tikam belakang kut, yang tu memang sakit giler lah. Tak boleh nak describe. Rasa macam dirobek – robek kepercayaan aku dekat dia. Tapi apa pun sabar jelah, kawan aku jugak kan.

   Dalam banyak – banyak kawan aku memang ada yang aku terasa sangat bila diorang tak ada. Rasa rindu nak tengok muka dia, nak sembang dengan dia, nak tanya pendapat dia dengan soalan random aku yang memang random habislah. Bayangkan masa tengah study add math tiba – tiba tanya pasal macam mana nak layan orang sama rata. Memang kalau aku, aku rasa aku akan bengang tapi kawan aku ni layan je, jawab je dengan sabarnya….. huuu… huuu… terharu giler. 

      Ada satu malam ni, ada macam ala – ala Aspurian Voice tapi tak rasmi, memang masa tu dengan mood aku yang tengah swinging giler, kena tembak machine gun dengan peluru  kata – kata yang memang menyakitkan hati giler. Masa tu air mata aku memang laju jer mengalir non – stop. Memang tak boleh tahan sakitnya tu. Aku dah peluk kawan aku yang duduk dekat depan aku masa tu. Memang kejap giler lah aku peluk. Aku dapat rasa jugaklah masa tu ada tangan – tangan yang tepuk – tepuk belakang aku. Try tenangkan aku. Jutaan terima kasih aku ucapkan dekat pemilik tangan – tangan tu.

          Bila keluar musolla, aku rasa bengang dan terus naik dorm dalam keadaan air mata still tak berhenti lagi. Masa tu, datanglah seorang kawan aku nih, try pujuk aku, ajak aku masuk dorm dan lepaskan semuanya. Dia punya cara pujuk aku malam tu memang akan aku kenang sampai bila – bila sebab tak ada orang yang berani pujuk aku macam tu. Even kalau aku nangis sebelum ni pun mostly akan let me alone sampai aku okey. Lepas je kejadian tu, setiap kali aku nangis je mesti dia ada. Aku tak tahu dari mana dia datang tapi mesti dia perasan aku baru lepas nangis. Ajaib kan ? Sense seorang kawan maybe. Bila ukhuwah fillah, apa – apa pun boleh jadi.

      Aku boleh dikira antara orang yang tak rapat dengan family sangat. Mungkin sebab gap yang jauh antara adik beradik aku menyebabkan aku tak cerita dekat diaorang pasal masalah aku dekat sekolah. Walaupun aku anak bongsu tapi entahlah, kadang – kadang rasa macam diabaikan pun ada. Bila aku cerita pasal sekolah dan blablabla….. macam tak ada orang nak dengar pun so daripada aku sakit hati orang tak dengar cerita aku baik aku tak payah cerita terus. So banyak masa aku dekat rumah dihabiskan dengan lappy, mp3, handphone dan buku. Memang aku punya communication skill tak bagus sangat pun. Aku pun jenis yang susah nak faham seseorang dan kadang – kadang macam buntu nak react macam mana dalam certain situation tu. Apa pun, kawan – kawan banyak membantu. Sangat banyaklah sampaikan attitude aku dengan family dan dengan kawan lain terus. Aku boleh kata dalam 360 darjah perbezaannya. Nampak di situ besarnya peranan kawan buat aku.

      Apa – apa pun kawan dekat KI memang superb lah. We support each other. Bila orang ada masalah aku akan cuba tolong sedaya upaya dan sentiasa ada orang yang akan tolong aku bila aku ada masalah. Itulah adat dalam kehidupan. Even Allah pun ada sebut dalam Al Quran Surah Al – Muddathir ayat 38 :

    ‘ Tiap – tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya

     So kita dapat buat conclusion yang  ‘ What you give you get back ‘. Kalau kita buat baik, kita akan dapat balik kebaikan yang kita buat dalam apa- apa bentuk pun. Appreciate every single thing you get tapi jangan stop dekat situ jer. Try  to earn more tapi dengan cara yang betullah.

          Sebelum ending post ni, saya * skema sikit * mengucapkan berbilion terima kasih dekat kawan – kawan yang banyak support setiap tindakan saya, menegur apa jua kesalahan saya especially orang – orang yang banyak berurusan dengan saya, Grup  KP Gamma (4) 2014 yang selalu menceriakan hari – hari saya sebagai KP dan mohon maaf jugak kalau tak menjalankan amanah  dengan baik dan selalu marah – marah. Kepada Biro Disiplin KP 2014, terima kasih jugak banyak tolong settlekan macam – macam dan minta maaf jugak atas segala – galanya . Terima kasih buat setiap ahli TJN  Disiplin yang sentiasa komited buat kerja dan minta maaf jugak kalau tak dapat buat kerja dengan baik. 

Kepada semua ahli rumah Omar 2013/2014, terima kasih dan minta maaf jugak…* E14 terima kasih tumpangkan katil untuk tidur, E15 terima kasih selalu ambil berat, adik – adik E34 akak minta maaf sangat kalau jarang – jarang naik *. To my beloved AS, thanks for the book and the bear..macam rhyme jer. Akak pun selalu sibuk tak sempat selalu tanya khabar, minta maaf banyak – banyak. Then, adik – adik usrah Transformers akak yang comel – comel, thousands of apologies sebab akak rasa macam akak tak bagi apa – apa pun dan jarang – jarang buat usrah. Kalau apa yang akak bagi tu ada yang bermanfaat, manfaatkanlah sebaiknya. To my classmates, terima kasih dan minta maaf atas segala – galanya. Kalau tak ada korang rasanya tunggang langgang jugak study. Last but not least, batch 59 Al Faaruq yang memang daebak ah…. Saya bangga menjadi sebahagian daripada Faaruqians yang ada berbagai ragam dan perangai. Seriously korang ni comellah….comel sangat – sangat. Sayang korang fillah.

Tu je kot ending untuk post kali ni… Insya Allah, post, post lain akan menyusul soon.. Pray for me berjaya dunia dan akhirat.. Insya Allah..

Assalamualaikum…
         
         


No comments:

Post a Comment