Monday, 9 March 2015

His Plan Is The Best



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Well, result SPM 2014 dah keluar. Aku dah pergi ambik pun. Ayat common orang tanya mestilah dapat berapa kan. Hahaha…tak rasa nak share dekat sinilah tapi Alhamdulillah tak adalah teruk sangat. Okey-okey jer. Cukup makan tu tak adalah sangat kut. Kena struggle sikitlah for the future kalau nak capai aim aku.
Nak kata aku sedih, sedihlah jugak tapi dalam masa yang sama aku rasa syukur sebab yelah, He not forget me yet. Hidup ni kan macam roda, sekejap dekat atas sekejap dekat bawah. Aku sedar jugaklah dah lama sangat kut aku ada dekat atas sampai satu saat aku lupa semua tu daripada Allah. He can give and take it back in a blink of an eye. 
Aku ni tak adalah baik mana pun. Kadang – kadang solat pun lambat, Quran pun kadang – kadang baca kadang – kadang tak dan memang bila susah kita akan cari Dia balik kan. Nasib baik Dia nak terima kita lagi. Kalau ditakdirkan kita tutup mata dan tak bangun – bangun dah lepas tu, tak ke rasa terkilan yang amat sangat. Yelah, amal bukannya banyak mana kalau nak dibandingkan dengan dosa. Berat tu nak bawak nanti.
Apa – apa pun dekat sini aku nak ucap tahniahlah dekat semua calon SPM 2014 sebab berjaya menjawab soalan – soalan SPM yang KBAT tu. Ingat senang ke? Hahaha.. dan aku tumpang bangga kut KI dapat no 4 antara 68 buah SBP yang ada dekat Malaysia ni dan no 8 seluruh Malaysia. Give a big hand!!!....Hahaha… over kan.
Tak tipulah aku kata bila balik rumah, stress nak hadapi family, sanak sedara, kawan – kawan, jiran – jiran dan sape – sape yang kenal kitalah sebab expectation diorang tinggi sangat. SPM is not the end of the world kot. Berapa banyak aku dengar budak yang dapat straight A’s masuk ‘U’ jadi ntahapape so ingatlah SPM bukan segalanya ( ni macam nak sedapkan hati aku sendiri je ni ). Hahaha…mak aku dah urged masuk maktab ambik cikgu tapi macam tak kena sangat dengan aku tu. Aku punya plan adalah tengoklah apa plan Dia untuk aku. Simple kan tapi janganlah sampai tak nak apply apa – apa. Tu jabariyyah tu. Mana ada rezeki turun dari langit macam tu je tanpa usaha. Usahalah then tawakkal. Insya Allah, Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Dahlah kot. Apepun, doakan masa depan aku dan rakan – rakan yang lain. Sama – samalah kita merangkul keunggulan yer…. Hehehe..
Assalamualaikum..

Anak Kecil Yang Bertekad



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

      Hari ni aku nak ajak korang berfikir dan bersyukur. Serius aku cakap kan, most of us hidup tak adalah susah sangat kan. Tak adalah sampai kena buat kerja untuk cari duit untuk sekolah, untuk hidup. Statement ni bukan untuk yang kerja untuk tambah duit belanja ke, tolong ibu bapa ke, yang tu lain cerita ek.

       Adalah satu hari tu, aku dengan family keluar jenjalan dekat negeri kitorang punya pusat bandarlah (hehehe…saja tak nak cakap dekat mana). Hari tu memang susah nak cari parking. Mostly full,yelah kan cuti sekolah dan orang pejabat kerja. Parking yang dekat – dekat dengan bangunan kedai yang kitorang pergi tu semua full tambah pulak dengan construction dekat area tu. Memang serabut traffic hari tu tapi tak adalah sampai jam. 

      Oleh sebab itu (cewah…penanda wacana SPM tuh), kitorang pun parking’lah’ dekat parking lot yang jauh sikitlah. Nak tak nak memang kena jalanlah, tu je satu – satunya pilihan yang ada melainkan kalau nak duduk je dalam kereta tengah – tengah panas terik yang memang fuu… membakar.

     Masa mak aku tengah shopping tu, mata aku tertangkap susuk tubuh yang boleh dikategorikan ‘comel’lah..hehehe..jangan marah. Seorang budak lelaki yang aku rasa dalam darjah 4,5 atau 6 macam tu lah tengah bawak dua buah bakul picnic yang besar jugaklah. Mula – mula tu aku macam tertanya – tanya jugaklah amendelah budak ni buat bawak bakul besar tengah – tengah jalan kedai yang sempit nih. Aku tengok dia nak jalan pun susah. Yelah bakul tu nampak macam berat kut. Budak tu tak adalah tinggi mana. Kesian pulak aku tengok.

     Tak lama lepas tu, dia berhenti dekat depan sebuah kedai. Pak cik kedai tu geleng – geleng lepas tu suruh dia pergi. Dia pun jalan lagi dengan bawak bakul tu. Masa tu mak aku dah siap shopping dan kitorang pun dah berjalan balik ke kereta. Tengah – tengah jalan tu, aku jumpa lagi dengan budak tadi berhenti dekat tangga laluan masuk ke pejabat amende ntah. Dah berpeluh – peluh basah baju budak tu. Masa lalu tu aku jenguklah apa ada dalam bakul tu. Dalam tu ada kuih – kuih yang dah siap dipeket dalam plastik. Banyak lagi ada dekat dalam tu walaupun masa tu dah pukul 11 lebih dah. 

   Hajat untuk berhenti dan membeli sesuatu daripada budak tu terpaksa diketepikan sebab family aku dah jalan tinggalkan aku sorang – sorang dekat belakang. Apepun, budak tu membuatkan aku berfikir dan  memang bersyukur dengan life aku. Tak adalah pulak masa cuti sekolah aku pergi menjaja kuih macam tu. Cuti sekolah aku..hahaha..topup tidur, main game, tengok movie. Bila dah besar sikit ni sedarlah jugak keperluan untuk study masa tu.
         
     Dua tiga menjak ni kan, aku macam sedar jugaklah cerita – cerita dalam tv yang macam dalam slot Cerekerama TV3 tu memang berlaku dekat dunia realiti. Macam abang aku kata, “ Orang nak buat cerita – cerita tu mesti dapat ilham daripada kehidupan sebenar jugak”. Okey, kali ni he’s right.

 Aku ingatkan benda – benda macam ni ada dekat Indonesia je tapi realitinya mana – mana negara pun ada aku rasa. Apepun aku salute dekat budak tu sebab tak putus asa then tak rasa malu kot. Yelah, kalau difikirkan balik nak malu apa kan, bukannya rezeki tu haram pun. Sepatutnya orang yang senang – senang mencuri barang orang lain tu rasa malu. Malu dekat masyarakat, malu dekat diri sendiri dan yang paling penting, malu dengan Allah. Allah bagi tubuh badan sihat semua tapi tak guna. Amik jalan mudah mencuri. Sesiapa yang pernah terambik barang orang ke, duit ke, bagi baliklah. Tak larat kut nanti nak angkut nak bagi dekat tuan punya di padang mahsyar nanti. Kita pun tak pernah tahu dia halalkan atau tak.

Setakat tu saja post aku kali ni kot. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Fikir – fikirkanlah dan selamat beramal.

Assalamualaikum...

The Real Journey Begin Now ( Tarbiyah )



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

    Kali ni aku rasa macam nak tulis pasal salah satu lagi unique things dekat KI, tarbiyah. Frankly speaking, aku baru faham apa sebenarnya tarbiyah masa masuk KI. Memang sebelum ni aku belajar je Arab, dapat A untuk PMR tapi ia sekadar untuk penyedap mata tengok slip PMR je kot. Tak masuk dalam hati sangat. Even aku ambil Arab sebab mak aku dan aku sendiri pun rasa macam best je tengok ada satu A lebih berbanding orang lain. Hahaha…fikiran kolot giler. Ikutkan hati aku, aku nak ambik muzik sebab tu life aku masa sekolah rendah. Kalau tiap – tiap hari masuk latihan tengok orang main rekoder, drum, keyboard piano, gitar memanglah hati lekat terus. Tapi apa – apa pun ada hikmahnya aku ikut cakap mak aku amik arab, masuk KI dan etc. 

    KI, aku tak tahulah dekat KI je ke ditekankan benda ni atau dekat tempat lain ada jugak tapi KI buka chapter baru dalam hidup aku. Aku memang salute dekat orang – orang yang berjaya mentarbiyah aku yang memang keras kepala dan susah nak terima pendapat orang. Bila dekat rumah aku rasa lack of tarbiyah. Yelah kan semua benda kalau nak memang kena cari sendiri. Dalam life aku mana ada orang paksa pergi dengar ceramah ke, baca kitab ke, dengar talk dalam tv ke bukak Ikim ke. Ikutkan hati memang bukak Hitz , Fly tak pun  kadang – kadang Hot atau Era tapi bila start masuk KI, aku adalah sikit sense nak dengar Ikim, bukak Oasis tengok Dr. Zakir Naik ke, tengok Pencetus Ummah atau Fattabiuni.

          Everybody can change kan. Nak atau tak nak je, tepuk dada tanya iman. Depend on orang tu jugaklah macam mana nak terima tarbiyah dekat sana tapi aku boleh terimalah. At least setiap hari wajib ada makanan rohani tu. Even kalau bukan masa tazkirah formal dekat musolla pun, nanti masa masuk dalam kelas boleh je cakap, sembang – sembang pasal apa – apa topik walaupun kadang – kadang mengarut tapi masuk hati jugaklah. Tarbiyah tu macam tak terhad melalui kata – kata je tapi involve sekali dengan attitude and action. Yelah kan, sentap kut kalau something tu kita tak patut buat dekat certain tempat tapi orang sebelah buat benda yang betul and then macam zuq, alamak aku dah buat benda yang salah. Kalau akulah kan, aku rasa macam tu. Environment banyak mengajar aku.

          Bila masuk KI, rasanya setiap orang mesti ada jawatan walau sekecil mana pun tapi benda tu penting. Yelah sebab semua orang akan menyumbang dan meringankan beban satu sama lain. Mana ada orang boleh buat kerja sorang – sorang. Contoh macam kometri, kalau tak ada diorang memang pening KP nak settle benda – benda tu. Semua jawatan tu akan mengajar nilai tanggungjawab dan amanah dalam tugas kita. Bila masuk je KI, kena awal – awal set mind yang kita datang bukan hanya untuk dapat 11A+ dan aktif dalam ko kurikulum sikit – sikit untuk masuk universiti yang hebat – hebat semata – mata tapi untuk mentarbiyah diri zahir dan batin. Pengasas KI, Dr. Zulkifli Muhammad pernah cakap:

          Saya tidak akan redha orang yang datang ke bumi ini hanya untuk mendapat ilmu dunia semata – mata’

Betapanya diorang memang nak KI ni melahirkan individu yang akan menyumbang kepada Islam kelak.

    Aku memang tak cakap dekat KI ni semua orang macam malaikat, semuanya baik, jalan tengok bawah tapi setiap orang yang ada dekat KI ni akan mengajar kita banyak perkara. Aku ada satu statement yang nak share tapi bukan aku yang tulis. Ada dekat cawan polisterin seseorang tapi ayat dia memang menarik. Macam ni bunyinya :

          ‘ We met for a reason, either you’re a blessing or a lesson’

      So semuanya depend on kita nak judge something tu macam mana. Apapun, nasihat aku bagi yang masih di KI atau nak masuk KI, sentiasa fikir positif sesuatu perkara tu. Setiap perkara yang berlaku mesti ada sebab, cuba ambil masa turunkan ego, dan fikir balik hikmah sesuatu perkara tu berlaku. It helps a lot sometimes. Kalau tak dapat jumpa hikmah dia pun at least akan rasa relieve sikit. Tak adalah tension sangat. Sentiasa ingat Allah tak buat sesuatu tanpa sebab. Mesti ada kebaikannya atas setiap perkara yang berlaku.

   Percayalah, kalau kita sentiasa fikir macam tu, hidup akan ceria dan tenang kut. Hahaha…* diri sendiri masa dekat KI last –last baru rasa nak fikir macam tu * Just ingat apapun berlaku, Allah sentiasa ada dan kawan – kawan pun ada yang akan support. Keep calm and smile.

    Sekian sahaja coretan kali ni. Jika diizinkan Yang Maha Esa, nanti aku tulis lagi…

Assalamualaikum..

The Real Journey Begin Now ( Friends )



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Tik tok tik tok, aku dah masuk 17 tahun. Tik tok tik tok lagi, aku dah habis SPM, dah jadi ALKIS dah pun. Life memang sekejap jer berlalu. Bila dah ada dekat rumah, tak sampai seminggu dah bosan. Rasa macam buang masa giler sebab kerja makan, minum, tidur, baca buku dan putaran hidup tu asyik rotate jer setiap hari. Tak ada progress yang ketara sangat pun. Kalau ada beza sikit pun mungkin thaqafah kut. Sepanjang baru cuti ni adalah beberapa buku yang dah habis baca tapi sekadar baca dan faham. Entahlah macam tak ada kekuatan nak apply fully dalam hidup. Nak bukak lagu yang baik – baik sikit dalam mp3 pun macam berat jer. Memang nafsu menguasai diri yang teramat sangatlah. Kepala masih ada dekat KI. Tak boleh nak lupa saat – saat dekat sana. Jasad je kut dekat rumah tapi roh dekat KI. Tak taulah nak buat macam mana nak kembalikan roh tu ke rumah. Huh, haru.

Kawan ……one of the unique things in KI kan…. Memang tak boleh nafikan rasa rindu tu. Salah aku jugak kut. Minggu – minggu terakhir dekat KI baru aku hargai sahabat – sahabat yang ada dekat sekeliling aku. Sebelum ni, aku dalam hidup aku, settlekan kerja – kerja aku, struggle untuk SPM, dan life banyak habiskan masa dengan kerja – kerja lain jer. Ukhuwah….krik, krik, krik, krik.

Aku ingat lagi masa akhir tahun form 4. Memang tak ramai yang berani tegur aku depan – depan, surat pun cam gitu – gitu jer. Aku pun tak tahulah kenapa. Aku garang sangat ek ? Tapi aku dapat tahu daripada seseorang ( aku tak ingatlah siapa ) yang budak dorm tegur aku sebab jarang ada dekat dorm. Ada budak dorm suruh seseorang ni sampaikan dekat aku tapi dia tak sampaikan  pun. Aku pun dapat tahu benda ni daripada orang lain. Memang aku rasa bersalah seriously memang terasa tapi bak  satu rangkap lagu Que Sera – Justice Crew yang masa rap tuh…

‘ Yesterday is history,
 You gotta get through it,
 Tomorrow is a mystery,
 So let’s just do it ’

    Memang masa form 4 aku selalu jugaklah balik dorm pukul 1 lebih. Jarang – jarang habiskan masa dengan budak dorm. Hujung minggu memang tak lekat dalam dorm, ada je kerja yang sekarang ni aku tak tahulah apa yang aku buat masa tu.

          Bila dah minggu last – last tu, susahlah pulak nak spend masa dengan diorang sebab semua sibuk nak study lah, kemas barang lah, macam – macam lagilah… Sekarang aku rasa macam ruuuuuugi sangat so adik – adik  jangan jadi macam ni tau. Manfaatkan setiap masa yang ada dekat KI sebaiknya tau. Sebab kita duduk dekat KI dua tahun je pun. Kalau jadi stayer pun masa tu dah jumpa orang lain pulak. Perasaan dia dah jadi lain. * Hahaha… bajet macam pernah jadi stayer je *

        Alhamdulillah, aku memang bersyukur sangat – sangat dekat Allah sebab bagi aku kawan yang  aku memang salute ah dengan setiap orang kawan yang aku ada dekat KI tak kisahlah senior ke, junior ke, satu batch ke…setiap daripada diaorang memang mengajar aku banyak sangat benda daripada sekecil – kecil benda yang sebelum ni aku tak pandang sangat tapi hakikatnya benda tu penting sampailah sebesar – besar benda yang banyak tolong aku dalam organisasi. Memang aku dekat KI aku banyak jugaklah pegang jawatan dan memang aku akui aku banyak buat salah dalam memimpin organisasi tu tapi sentiasa ada kawan yang akan nasihat aku, tegur aku dan aku memang appreciate sangat diaorang ni berbanding orang yang asyik cakap dia respect aku lah bagai padahal belakang kutuk aku. Tikam belakang kut, yang tu memang sakit giler lah. Tak boleh nak describe. Rasa macam dirobek – robek kepercayaan aku dekat dia. Tapi apa pun sabar jelah, kawan aku jugak kan.

   Dalam banyak – banyak kawan aku memang ada yang aku terasa sangat bila diorang tak ada. Rasa rindu nak tengok muka dia, nak sembang dengan dia, nak tanya pendapat dia dengan soalan random aku yang memang random habislah. Bayangkan masa tengah study add math tiba – tiba tanya pasal macam mana nak layan orang sama rata. Memang kalau aku, aku rasa aku akan bengang tapi kawan aku ni layan je, jawab je dengan sabarnya….. huuu… huuu… terharu giler. 

      Ada satu malam ni, ada macam ala – ala Aspurian Voice tapi tak rasmi, memang masa tu dengan mood aku yang tengah swinging giler, kena tembak machine gun dengan peluru  kata – kata yang memang menyakitkan hati giler. Masa tu air mata aku memang laju jer mengalir non – stop. Memang tak boleh tahan sakitnya tu. Aku dah peluk kawan aku yang duduk dekat depan aku masa tu. Memang kejap giler lah aku peluk. Aku dapat rasa jugaklah masa tu ada tangan – tangan yang tepuk – tepuk belakang aku. Try tenangkan aku. Jutaan terima kasih aku ucapkan dekat pemilik tangan – tangan tu.

          Bila keluar musolla, aku rasa bengang dan terus naik dorm dalam keadaan air mata still tak berhenti lagi. Masa tu, datanglah seorang kawan aku nih, try pujuk aku, ajak aku masuk dorm dan lepaskan semuanya. Dia punya cara pujuk aku malam tu memang akan aku kenang sampai bila – bila sebab tak ada orang yang berani pujuk aku macam tu. Even kalau aku nangis sebelum ni pun mostly akan let me alone sampai aku okey. Lepas je kejadian tu, setiap kali aku nangis je mesti dia ada. Aku tak tahu dari mana dia datang tapi mesti dia perasan aku baru lepas nangis. Ajaib kan ? Sense seorang kawan maybe. Bila ukhuwah fillah, apa – apa pun boleh jadi.

      Aku boleh dikira antara orang yang tak rapat dengan family sangat. Mungkin sebab gap yang jauh antara adik beradik aku menyebabkan aku tak cerita dekat diaorang pasal masalah aku dekat sekolah. Walaupun aku anak bongsu tapi entahlah, kadang – kadang rasa macam diabaikan pun ada. Bila aku cerita pasal sekolah dan blablabla….. macam tak ada orang nak dengar pun so daripada aku sakit hati orang tak dengar cerita aku baik aku tak payah cerita terus. So banyak masa aku dekat rumah dihabiskan dengan lappy, mp3, handphone dan buku. Memang aku punya communication skill tak bagus sangat pun. Aku pun jenis yang susah nak faham seseorang dan kadang – kadang macam buntu nak react macam mana dalam certain situation tu. Apa pun, kawan – kawan banyak membantu. Sangat banyaklah sampaikan attitude aku dengan family dan dengan kawan lain terus. Aku boleh kata dalam 360 darjah perbezaannya. Nampak di situ besarnya peranan kawan buat aku.

      Apa – apa pun kawan dekat KI memang superb lah. We support each other. Bila orang ada masalah aku akan cuba tolong sedaya upaya dan sentiasa ada orang yang akan tolong aku bila aku ada masalah. Itulah adat dalam kehidupan. Even Allah pun ada sebut dalam Al Quran Surah Al – Muddathir ayat 38 :

    ‘ Tiap – tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya

     So kita dapat buat conclusion yang  ‘ What you give you get back ‘. Kalau kita buat baik, kita akan dapat balik kebaikan yang kita buat dalam apa- apa bentuk pun. Appreciate every single thing you get tapi jangan stop dekat situ jer. Try  to earn more tapi dengan cara yang betullah.

          Sebelum ending post ni, saya * skema sikit * mengucapkan berbilion terima kasih dekat kawan – kawan yang banyak support setiap tindakan saya, menegur apa jua kesalahan saya especially orang – orang yang banyak berurusan dengan saya, Grup  KP Gamma (4) 2014 yang selalu menceriakan hari – hari saya sebagai KP dan mohon maaf jugak kalau tak menjalankan amanah  dengan baik dan selalu marah – marah. Kepada Biro Disiplin KP 2014, terima kasih jugak banyak tolong settlekan macam – macam dan minta maaf jugak atas segala – galanya . Terima kasih buat setiap ahli TJN  Disiplin yang sentiasa komited buat kerja dan minta maaf jugak kalau tak dapat buat kerja dengan baik. 

Kepada semua ahli rumah Omar 2013/2014, terima kasih dan minta maaf jugak…* E14 terima kasih tumpangkan katil untuk tidur, E15 terima kasih selalu ambil berat, adik – adik E34 akak minta maaf sangat kalau jarang – jarang naik *. To my beloved AS, thanks for the book and the bear..macam rhyme jer. Akak pun selalu sibuk tak sempat selalu tanya khabar, minta maaf banyak – banyak. Then, adik – adik usrah Transformers akak yang comel – comel, thousands of apologies sebab akak rasa macam akak tak bagi apa – apa pun dan jarang – jarang buat usrah. Kalau apa yang akak bagi tu ada yang bermanfaat, manfaatkanlah sebaiknya. To my classmates, terima kasih dan minta maaf atas segala – galanya. Kalau tak ada korang rasanya tunggang langgang jugak study. Last but not least, batch 59 Al Faaruq yang memang daebak ah…. Saya bangga menjadi sebahagian daripada Faaruqians yang ada berbagai ragam dan perangai. Seriously korang ni comellah….comel sangat – sangat. Sayang korang fillah.

Tu je kot ending untuk post kali ni… Insya Allah, post, post lain akan menyusul soon.. Pray for me berjaya dunia dan akhirat.. Insya Allah..

Assalamualaikum…