Astaghfirullah 'alazim atas segala dosa - dosaku yang lalu, kini dan akan datang.
Masa berlalu dan blog ni pun terdiam kaku. Aku yang konon - konon sibuk tak sempat nak mengisi ruang kekosongan. Bukan sahaja di sini malah di sebalik rusukku turut terkesan. Betul - betul dah lama tak menulis perkara bukan dalam silibus akademik yang berlegar dalam kepala sendiri. Entah sejak bila ruang ni menjadi semakin padat dengan luahan hati yang tak akan pernah terhambur dari mulut ku sendiri. Aku kira ruang ini sudah menjadi sebahagian daripada isi hati yang terbuku.
Teringat kembali segala memori - memori lalu dari masa silamku. Bukan kekelamannya yang mengusik hati tetapi setiap rasa, setiap kata, setiap sentuhan, setiap tatapan, dan setiap nafas menjadi kerinduanku. Dua dimensi berbeza yang menjadikan aku hari ini. Dimensi kekosongan dengan panduan dan nasihat dan dimensi kekosongan dengan tawa dan keceriaan yang tulus. Dua dimensi yang telah kabur dalam diriku hari ini. Buat tidak semudah apa yang dikata. Berjalan tidak seenteng yang disangka. Tanpa cahaya dan panduan arah aku hilang. Hilang dalam kegelapan yang kelam.
Terkapai - kapai mencari arah. Berharap ada tangan yang sudi menggapai dan mengiringi setiap langkahku namun kerap kali tangan itu terlurut. Terlurut jatuh kerana silap langkahku sendiri. Maafkan aku atas setiap apa yang berlaku. Diri ini masih mencuba dan akan terus mencuba walaupun daku sedar kesakitan dalam setiap langkah yang ditapak. Setiap jejak langkah kaki yang menjauh perlahan - lahan aku relakan. Bukan kerana ego aku membiarkan tapi biarlah dengan kerelaan mereka kekal. Bukan sekali dua aku ditinggalkan dalam rebah berdarah. Cukup yang masih setia aku hargai dengan sepenuh hati.
Terima kasih aku ucapkan,
Kepada setiap tangan yang menghulur,
Kepada setiap tangan yang memaut,
Kepada setiap tangan yang merangkul,
Kepada setiap tangan yang memimpin,
Kepada setiap tapak yang mendekat,
Kepada setiap langkah yang diayun,
Kepada setiap jejak yang ditinggal,
Kepada setiap kaki yang kaku,
Aku hanyalah aku.
Yang tersesat dalam bayangan gelap gelita.
Halvezkema
2211
251116
Hahaha, hakikatnya begitulah. Masih menulis di Blogger pada tahun 2016. University life is hectic enough which made me forgot I have a blog. I realized it last week that I actually have a blog. Lol. Back to my old scribble place. Well, miss you too...
ReplyDelete