Monday, 2 May 2016

Perfect Ending Only Happened In Movies




Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Bismillahirrahmanirrahim…

        Manusia. Satu makhluk yang dikurniakan akal oleh Sang Pencipta. Cuba untuk menjadi sempurna. Cuba kerana masih ada harapan yang masih bersinar terang di lubuk hatinya. Cuba kerana percaya semua perkara boleh dibetulkan. Andai masa boleh diputar kembali, tidak akan ada erti kata harapan kerana semuanya boleh dicapai. Kesilapan tidak akan berlaku. Keterlanjuran akan dibetulkan. Kekhilafan bakal terhapus. Manusia ibarat malaikat. Tiada cacat cela dalam setiap kata mahupun tindakan.

Hurm, panjang jugak muqaddimah ni.

        Aku, masih dalam keadaan yang sama. Salah akukah yang membiarkan sahaja semuanya berterusan hingga ke akhir? Ego akukah? Is it worth? Soalan… perlukan jawapan. Namun, hanya kertas kosong menjadi solusinya. Putih, tiada maksud. Kosong, tiada petunjuk. Adakah itu maknanya, aku yang perlu mencoret jawapannya? Maaf. Ribuan maaf aku katakan. Aku tak mampu. Bukan untuk perkara yang telah berulang berkali – kali. Aku hancur. Hancur dengan segalanya. Bukan aku tak sedih semuanya berakhir macam ni. Sedih. Betul. Bukan mudah  aku mengalirkan air mata namun air mata aku mengalir kerana perkara ni. Aku rasa macam terhegeh – hegeh untuk teruskan. Huh *mengeluh sendiri. 

           Rindu. 

          Rindu untuk bergelak ketawa bersama – sama. Bercerita kisah hidup tanpa risaukan apa – apa. Hadapi semua perkara macam dunia kita punya. Itu kita yang dulu. Kita yang telah menjadi sejarah. Hanya terkumpul dalam lipatan memori. Di balik segala insiden – insiden kelabu. Bukan hitam kerana hitam boleh disuluh dengan cahaya. Ianya kelabu. Kelabu yang mengaburkan mata. Kelabu yang menyesakkan dada. Lemas. Tenggelam dalam kabus kelabu yang tebal.

          Jika ditakdirkan segalanya berakhir sebegini tidak mengapa. Aku akan belajar untuk redha. Menerima segala aturan Tuhan. Jika ini takdirnya. Hidup perlu belajar untuk menerima aturan Yang Maha Kuasa yang berkali – kali ganda lebih baik.

          Buat yang membaca dan memahami. Semoga hari – hari yang bakal dihadapi akan datang lebih baik. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari – hari sebelumnya.

Wallahua’alam…

Assalamualaikum..

1 comment:

  1. In shaa Allah. Mesti terus kuat untuk menjadikan hari2 seterusnya lebih baik. 💗

    ReplyDelete