Sunday, 24 April 2016

Segalanya Bakal Berakhir



Assalamulaikum dan salam sejahtera…

Bismillahirrahmanirrahim…

                Dah lama tak menjenguk coretan – coratan hati di sini. Memang lama. Satu tempoh masa yang penuh dengan cerita, drama dan air mata. Last day in the study week and I’m here trying to distract my mind with something others than upcoming exam. Bukan bermakna aku bijak tapi ada satu kesesakan dalam dada yang minta diluah dalam susunan – susunan huruf di ruang kerdil ini. 

                Mac

                Bulan yang bermula dengan kebahagiaan yang teramat sangat.Yeke? Tapi tulah yang aku rasa. Semuanya disusun dengan plot yang cantik. Semuanya seperti yang dirancang walaupun berada dalam kelam kabut bazar asasi dan AB2C. Gembira? Ya, sampaikan aku sendiri yang terpaksa sedarkan diri bahawa asasi bukan untuk selama – lamanya. Ini hanyalah satu transit. Transit untuk masa akan datang. Pertengahan Mac, segalanya mula tunggang terbalik. Hati. Satu ketulan daging yang amat mudah berbolak balik mula menggila dalam jasad aku yang kepenatan. Penat menanti. Letih berharap. Aku mula hilang. Tenggelam. Tenggelam dalam lautan yang dalam. Tiada jalan keluar. Semuanya gelap gelita. 

                Aku amat berterima kasih kepada pemilik – pemilik  tangan yang mengembalikan aku ke permukaan. Tanpa mereka mungkin aku takkan mampu untuk berdiri tegak hari ini. Aku sedar bukan seorang dua yang sentiasa ada berada bersama aku. Ramai. Maafkan aku kerana mengecewakan semua orang. Maaf atas keterlanjuran aku. Maaf atas kebodohan aku. Maaf atas ketidakmatangan aku. Maafkan aku sahabat. Terima kasih sahabat. 

                April

                Ujian  demi ujian mula menghempap diri dan rakan – rakan. Aku cuba untuk menjadi kuat. Aku cuba menebus segala kesalahan lalu. Sakit. Memang sakit. Aku sakit dan manusia – manusia di sekeliling aku juga sakit. Semua perkara nampak tak kena. Setiap kesalahan mula diungkit. Perit. Penat. Iya, penat menanggung kesakitan yang bertimpa – timpa. Hakikatnya kami hanya mangsa keadaan. Aku memang tersepit dalam kondisi yang tenat. 

                Persahabatan kami juga diuji. Sedih. Hiba melihat hubungan antara kami mula renggang. Jauh. Terlalu banyak yang tidak terluah dan masa semakin suntuk. Aku berharap semuanya akan berakhir. Biarlah ia berakhir dengan pengakhiran yang baik.

 “ Hati ini telah bersatu, bersatu di perut bumiMU. Hati ini telah bersatu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat, untuk menyokong syariatMu di alam maya. Maka Ya Allah, eratkanlah ikatan yang ada. Maka Ya Allah, eratkanlah ikatan yang ada. Kekalkan kemesraan yang ada tunjukkalah jalan yang benar. Tunjukkanlah jalan cahayaMu. Tiada malam terangi alamMu. Hidup suburkanlah dengan makrifatMu. Jika Kau inginkan kami mati, matikanlah sebagai syuhada’ dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia.”

                ‘Ukhuwah ini bukan sekadar di dunia tetapi biarlah ia berterusan sehingga ke syurga’

Wallahua’alam

Assalamualaikum.

2 comments: