Assalamualaikum warahmatullah…
Bismillahirrahmanirrahim…
Kembali lagi kali ini meluahkan
rasa, melapangkan dada. Entah kenapa aku rasa semenjak dua menjak ni tulisan
aku puitis semacam ja. Hahaha… Sudah matang mungkin. Eh. Hahaha, okey perasan.
Aku rasa setiap kali berakhirnya
satu fasa perjalanan hidup aku di pusat pengajian, tak kisahlah masa sekolah
rendah ka, sekolah menengah rendah ka, sekolah menengah atas ka, dan sekarang
asasi ni (masa tadika tak faham apa – apa lagi, hahaha). Mesti aku akan ada
satu masalah tau. Masalah untuk let go dan move on. Harapnya,
semakin besar, semakin matang, semakin senang terima kenyataan tapi malangnya,
macam makin susah ja. Hurm, hakikatlah tu.
Oh, lupa…
Warning!!!
Tulisan ni hanya merepek sebab
aku kebosanan duduk dalam bilik seorang – seorang lepas habis asasi
memandangkan kolej aku hampir 90% kosong. Krik, krik ja ni. Oleh itu, sesiapa
yang rasa tak nak buang masa dengar bebelan aku mohon bergerak ke blog lain ya.
Terima kasih.
Jom kita sambung merepek.
Konon, aku tak nak dah jadi macam
lepas habis SPM, nangis tiba – tiba sebab rindu kawan. Haah, terpaksa mengaku
aku ni cengeng jugak kadang – kadang. Hahaha… Kali ni bertekad betul – betul tak
nak jadi macam tu dah. Malangnya, tak sampai rumah lagi pun dah buat drama air
mata seharian dekat kolej. Eheh, kantoi. Macam projek “REVEALING THE TRUTH
OF ME” lah pulak. Okey, malu tapi biarlah aku punya blog. Hahaha…
Kalau difikirkan balik kan, masa
kitaorang bersama makin sekejap. Meh kita kira, sekolah rendah = 6 tahun, sekolah
menengah rendah = 3 tahun, sekolah menengah atas = 2 tahun, dan asasi = 10
bulan ja. Namun kesannya, pergh. Menusuk jantung, hati, limpa semualah. Betul
tak? Tipulah kalau jawab tak. Tertanya – tanya pulak aku sebabnya.
Mungkin sebab kadar
kebergantungan terhadap kawan tu sangat tinggi bilamana kau berada jauh. Memang
kau ada Allah dan kawan – kawan dekat sekeliling ja. Huhuhu, macam akulah yang
tercampak dekat Sarawak ni. Kawanlah yang banyak tolong masa aku sakit, masa purse
aku kene seluk, masa aku takde duit. Huhuhu, potong bawang betul. Bilamana
mereka, insan – insan ini tak lagi berada di hadapan mata. Jujur aku rindu. Rindu
gelak tawa mereka, rindu tutur kata mereka, rindu lawak hambar mereka (
ampuuunnn... jangan marah), dan rindu layanan mereka.
Muka - muka tulah yang kau tatap
hari – hari. Acece… Sehari hilang rasa tak complete hidup. Chia, chia, chia…(okey,
hanya mengikut trend semasa. Mohon jangan kecam saya). Mohon terharu please,
sahabat – sahabat ku sekalian. Hahaha… Apa aku merepek ni…
Okey, kita tukar mood serious.
Tak mudah mencari kawan yang
betul – betul boleh dianggap sahabat. Tak sedikit yang hadir berkongsi
kesenangan dan kegembiraan namun tak
ramai yang mahu bersama – sama menempuh hari –hari yang kelam. Buat yang setia,
aku harap ganjaran syurga menantimu sahabat. Aku hargainya sepenuh hati namun
balasan yang Maha Esa tidak ternilai harganya. Jika diizinkan Allah kita
berjumpa lagi. Terima kasih atas segalanya. Jika tidak insha Allah sama – samalah kita berdoa agar
dapat berjumpa di syurga kelak.
Tu jelah kot. My two cents *peace.
Sekian, wallahua’lam.
Assalamualaikum.
Najla cengeng🙊 hahahaha
ReplyDelete