Monday, 15 February 2016

Jaulah ke Sabah 1.0 (akan ada ka 2.0?) Part 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…

Bismillahirrahmanirrahim…

                Dah lama jugak aku tak update blog ni tapi kali ni terpanggil untuk update sebab dah ramai muslimin yang update pasal jaulah ni kan so aku wakilkan muslimat untuk sampaikan sisi pandang kami sebagai seorang wanita. Uhuk, rasa macam dah tua lah pulak, hahaha…

                First impression kami MT Muslimat masa tuan pengerusi, Dzul cadangkan jaulah ni macam 0_0 , biar benor. Dalam hati masing – masing, ‘Phone dia kene hacked ni’. Aku tak sempat nak fikir banyak sangat masa tu sebab tengah tunggu turn buat IC dekat UTC Kuching. Kenapa buat IC? Yang tu post lainlah. Hehehe… Tapi selepas beberapa kali Dzul macam ‘Betul ni, ni Dzul tak kene hacked’ *dialog mungkin berbeza tapi maksud dia macam tulah. Dzul cadangkan sebab Rayani Air buat promotion ke Sabah. Tak ingatlah berapa harga dia tapi dalam RM 120 – RM 140 lah pergi balik. Insha Allah kos keseluruhan tak lebih RM 300. 

                Akhirnya, bincang – bincang, ‘Okey, kami setuju. Jaulah masa cuti mid sem ke Sabah’. Hahaha… excited jugaklah. Dipendekkan cerita, malam nak book tiket tiba – tiba harga makin naik lepas tu seat makin kurang. Semua dah kalut dah dan malam -  malam tu Dzul lah yang bersusah payah cuba book tiket untuk kami semua 23 orang sebab semua orang takde Mastercard. Malangnya, masa tu Rayani Air baru lagi so macam ada masalah sikit dia punya internet booking. Akhirnya, Dzul dan Maziz lah yang ulang alik pergi Kuching International Airport untuk settlekan booking dan Alhamdulillah dapat tiket pergi 9 Februari 2016 dan balik 13 Februari 2016 dengan harga RM160 seorang. Yeay!  Apepun, jaulah ni bukan sekadar jalan – jalan kosong, biarlah ada ibrah. Kita penggerak Islam ni, biarlah ada sesuatu yang buat permusafiran kita lain daripada orang lain.




                Pagi sebelum ke Sabah tu, aku dah kalut dah sebab hujan tak berhenti dan baju tak kering. Jenuh nak jemur dalam bilik. Huhuhu… nasib baik roommate takde sebab bilik dah jadi ampaian. Kemas barang pagi tu jugak dan petang dalam pukul 3 tu gerak ke Kuching International Airport. Aku masa tu gerak dengan kereta Alza Akh Muiz sambil pangku beg. Hehehe… barang banyak sangat bonet pun dah penuh. Redha jelah sebab lambat datang masjid dan van dah penuh. Sampai je airport, angkat barang dan terus cari muslimat lain yang dah sampai awal dengan van. 

                Bila dah pukul 5 lebih macam tu tunggu, memang kami semua muslimat dah risau dah. Mana muslimin lain ni? Bila nak check in ni? Kalau tak sempat nanti macam mana? Hahaha… aku lah tu yang risau overdose tu. Bukan apa, sebab dah pernah tertinggal flight dalam 2 bulan lepas. Memang dah cuak lepas kena sekali tu. Whatsapp dalam group banyak kali jugak dan akhirnya Dzul balas :

‘Kumpul dekat kaunter Rayani Air’

Fuh, lega. Sampai kaunter ramai pulak orang dan ada pulak satu group ni, lepas seorang, seorang datang. Lepas tu, baru nak kumpul IC lah, tunggu orang lagilah. Berasap jugaklah tapi dalam hati still boleh pujuklah. Sabar Najla, sabar… Insha Allah semua akan okey. Masa tu, aku, Shaz, Mun dan siapa ntah lagi aku tak perasan dah tukar line. Masa kami mula check in luggage tu dalam 20 minit ja lagi sebelum boarding. Perasaan masa tu undescribeable. Rasa macam nak melompat – lompat dan berharap cepatlah semua luggage masuk dalam perut flight tu. Kira baik jugaklah Rayani Air sebab tunggu kitorang sebab dalam 30 minit jugak delay sebab kitorang. Eheh. Masa dekat imegresen untuk cop DPT tu, Shaz pulak stuck sebab DPT dia ada dalam beg Zakiah dan on the way aku jalan ke Gate 7 masa tu terserempaklah dengan Zakiah yang marathon. Hahaha… sebenarnya masa dalam flight baru aku tahu kisah Zakiah dengan Shaz tu. 




Rayani Air okeylah, costumer service mesra dan makanan dia  sedap cuma satu ja masalah. Aku rasa pressure dalam flight tu tinggi sangat sampai memang sakitlah sebelah telinga dan lama jugak nak hilang sakit tu sebenarnya. Mungkin sebab flight company yang baru lagi dan kapal terbang dia pun tak upgrade lagi so berlapang dada jelah ye.


Tiba di Kota Kinabalu Airport dengan disambut ayah Dzul, Mak Cik Ana (mak Dzul), Azzam (adik Dzul), Mesyi, Mak Cik Dayang (umi Mesyi) dan Amirul. Masa tu dah macam ‘Biar betul aku dah sampai Sabah ni’. Fuh, rasa macam tak percaya pulak. Short briefing oleh Mesyi dan gerak ke homestay. Malam tu makan dekat kedai dan umi Mesyi belanja. Alhamdulillah dan another Yeay! Hehehe…

                Malam tu dekat homestay semua dah macam kena bangun awal ni, esok gerak 5.30 pagi ni. Kami muslimat semangat sangat sampai Syad kejutkan aku pukul 3.28 pagi kot. Huhuhu… Janji nak kejut 3.30 pagi tapi kenapa 3.28 pagi… huhuhu… Lepas dah siap mandi semua, masa tu dalam pukul 4 pagi lebih jugak dan muslimat dah siap buat air untuk breakfast semua dah. Breakfast pagi tu oat, biskut dan saki baki makanan dari flight semalam. Walaupun penat dan tak cukup tidur tapi muslimat ni hingaq sangat *Kedah mai doh… Breakfast pagi – pagi buta pun boleh gelak -  gelak lagi. ;-) Then, solat Subuh Jemaah dan Mathurat jemaah dan bermulalah penantian pertama. Kami tunggu punya tunggu 6.00 pagi, muslimin belum sampai lagi. 6.30, belum ada lagi muslimin. Satu van pun tak nampak. Akhirnya, dalam pukul 7.00 pagi bila semua orang dah ngantuk sampailah van Pak Cik Jamal. No hard feeling ya muslimin. Aku tak marah dan tak rasa apa – apa pun masa tu kecuali cuak sebab kena naik van dengan 5 orang lelaki. 

                Bila sampai dekat masjid *dah lupa nama apa, jumpalah muslimin dan bermulalah pengagihan muslimat ke kereta Amirul dan van yang Abang Dzul drive dan ALAMAK, baju aku sama dengan someone. Ikutkan hati nak tukar pergi tempat lain tapi Fam kata “Dah sama sekolah memanglah baju sama” Huhuhu… hanya mampu berhuhu, tebalkan muka, masuk van dan buat tak tahu pape. Hahaha… 

                Perjalanan yang penat jugaklah naik bukit turun bukit belok kiri kanan. Perjalanan yang lama jugaklah dalam rasanya 2 jam lebih jugak. Maaflah tak perasan sangat exact time sebab aku dah tutup mata siap – siap dah. Makin tinggi naik makin terasa kesejukannya. Pagi tu kitorang breakfast dekat Ranau dalam pukul 10 lebih dengan keadaan perut yang dah masuk angin. Huhuhu… Yelah, breakfast pukul 4 lebih kan, manalah nak tahan. Apepun selera ja aku makan bihun sup panas – panas dekat tempat ‘sejuk’ macam tu (Ranau dah tak sejuk sebenarnya tapi feel tu penting. Hehehe).




Lepas makan sepatutnya kami bergerak ke Sabah Tea tapi sebab baru lepas hujan dan jalan licin, kami tak nak ambil risiko sebab jalannya serious curam dan menakutkan. Kalau aku drive rasanya kereta tu tersadai ja kat situ. Hehehe… gurau ja, muslimat jangan takut pulak kalau aku drive lepas ni *emoji smiley dengan peluh dekat dahi (bayangkan ya memandangkan takleh nak buat smiley tu dalam blog). 

                Jadinya next destination, Poring Hot Spring. Taraa…




 Dekat sini win. Banyak isu banyak benda yang berlaku. Kami muslimat jalan – jalan ja dekat Canopy Walkway, tempat yang ada jambatan gantung. Panjang jugak tapi sebab dia buat beberapa checkpoint tak rasa sangat panjangnya. Okey jelah walaupun tercungap – cungap jugak nak sampai atas tu. Hahaha… Nampak sangat dah lama tak exercise. Keluar Canopy Walkway macam banyak jugak lagi masa so muslimat split dua. Takdelah dua mana pon, 3 orang ja yang pergi Taman Rama – Rama dan aku selagi ada adventure, dekat situlah ada aku. Hehehe, yeke? Yang lebih tu kami pergi ke Air Terjun Kipungit. Syok jugaklah walaupun penat jugak jalan. Hahaha… aku dah tuaaa… Air dia serious sejuk tapi nak mandi tak bawak baju dan nasib baik aku bukan kaki air sangat so enjoy the view jelah. 

Dalam 2.30 petang macam tu kami pun turun dekat parking. Janji dengan muslimin pukul 3 petang dah kumpul semua tapi dah pukul 3 dan muslimin seorang pun tak ada masa tu. Aku try lah call Maziz. First call tak dapat. Call sekali lagi dia angkat dan cakap muslimin on the way. Aku pun okey jelah dengan harapan kejap lagi sampai. Masa tu Pak Cik Jamal dah tunggu dekat van. Oleh kerana aku tunggu muslimin tak sampai – sampai , aku pun duduklah sekali dekat van Pak Cik Jamal. 2,3 minit lepas tu ada sms masuk cakap muslimin sampai lagi sejam. Aku terkejut jugak masa tu. Kenapa sampai sejam? Diorang dekat mana? Lepas tu sampai pulak satu lagi sms cakap diorang akan sampai secepat mungkin. Masa tu aku takdelah marah cuma peliklah kenapa muslimin tak bagitau sebab kan. Memanglah bagitau ada masalah tapi apa masalahnya? Aku rasa aku tak marah pun kalau ada alasan. 

Lama jugak kami tunggu dan bila muslimin sampai bukannya diorang nak cerita apa yang berlaku. Maaflah, kami muslimat hanya nak penjelasan dan ucapan maaf. Mungkin korang boleh cerita – cerita dan ibaratkan kami dengar dan maaf tapi maaf sekali lagi kami tak terima penjelasan macam tu. Bukan kami tak memahami tapi kami tak tahu apa yang perlu difahamkan memandangkan tiada siapa yang nak memahamkan kami masa tu. Ucapan maaf memadai, bukan sebab mana – mana pihak salah cuma sebagai tanda hormat. Hormat masa dan hak orang lain. Itu sahaja. Simple.  Benda ini perlu dipraktikkan terutamanya dalam gerak kerja yang campur muslimin dan muslimat. Hati muslimat ni hakikatnya lembut. Aku yang dikatakan garang ni pun sebenarnya tak garang sangat pun. Hahaha… Hakikatnya begitu. Hanya sekadar teguran di celah – celah penulisan yang tunggang terbalik tatabahasanya.

Rasanya yang ni pun dah panjang kan so nanti aku tulis part 2 pulak. Maaflah atas nama yang disebut dan sebagainya. Sempoi jak ya…

To be continue…
               

2 comments:

  1. 3.26 pagi la Mek. Hahaha..ye ke x garang😹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, okey apa aku. Biarlah aku tak jadi garang dah.

      Delete