Assalamualaikum warahmatullah…
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kembali menulis. Takdelah lama sangat gap dengan post aku sebelum ni tapi aku nak jugak tulis kali ni. Hehehe..
Tajuk atas tu serious cheesy giler tapi benda tu lah aku nak bincang hari ni. Ceewah, hahaha. Lawaklah aku tulis post macam ni. Ceritanya bermula macam ni. Jeng, jeng, jeng… Takdelah cerita mana pon cuma random thought kot. Korang boleh fikir macam aku tapi bukan semua benda tau. Ada certain perkara yang korang tak boleh persoalkan sesuka hati ja terutamanya hal – hal agama. Apepun, meh layan aku punya random thought dulu.
Korang
pernah tak fikir apa tu bahagia? Dia macam satu lintasan hati dimana kita
mempersoalkan balik apa tu bahagia? Apa erti bahagia bagi aku? Lepas tu aku
mulalah tanya orang apa perspektif bahagia dari mata hati diorang. Yup, mata
hati sebab mustahil mata kasar dapat melihat apa hati diorang rasa. Eh, kan…
Banyak
jawapan aku dapat dari sisi pandang yang berbeza. Yelah, bahagia kan subjektif.
Tiada yang salah melainkan yang benar – benar belaka. Eheh. Meh aku share sikit
jawapan kawan – kawan aku dan juga kawan – kawan kepada kawan – kawan aku.
Hahaha… Jawapan daripada seorang kawan ni. Nak mention ka ek? Erm, takyah ah…
Hahaha… Okey, okey. Serious. Ni jawapan dia.
‘Pertama sekali ,
macam mana aku nak tahu aku bahagia adalah apabila hati aku selalu ja rasa
berbunga – bunga. Tak kisah walaupun masa tu aku banyak masalah.’
Masa ni aku duk cuba bayangkan
macam manalah bunga – bunga dalam hati tu ek. Hahaha… Lepas tu dia sambung
lagi.
‘Kedua bila aku
tengok orang lain bahagia. Walaupun aku tengah sengsara masa tu. Salah satu
cara untuk mengubat kesedihan sendiri adalah berbahagia untuk kebahagiaan orang
lain.’
Hurm, yang ni aku macam pernah
rasa tapi bila difikirkan balik, once orang tu keluar dari hidup kita adakah
bahagia itu turut dibawa pergi bersama?*ini bukan cinta cintun yang ntahpape tu
ek* Itu hakikat kalau kebahgiaan kita bersandarkan sesuatu yang tidak kekal. Maka
jalan keluarnya adalah, berbahagialah apabila kita merasakan kita membuat
pilihan yang diredhai Allah dan menyerahkan sepenuh ketaatan kepadaNya. Kan…
Teringat pulak satu quote ni :
‘Cinta Allah urusan manusia, Cinta manusia urusan
Allah’
Am I right? I am right, agree?
Hahaha…
Tak abeh lagi. Ni last.
‘Ketiga, bahagia tu
tak semestinya dengan dapat apa yang aku nak. Walaupun aku tak dapat apa yang
aku nak tapi aku tahu sesuatu yang berlaku tu yang terbaik dan Allah bagi
spesel untuk aku. Aku nangis bahagia masa tu’
Dekat sini aku dapat kaitkan
bahagia tu dengan kesyukuran. Redha jugak dengan segala yang berlaku. Mungkin
bahagia tu dapat dikecapi apabila kita dapat berlapang dada dengan sesuatu tu.
Huh, yang ni berat. Bagi akulah. Insha Allah orang yang baca ni kan semua hebat
– hebat so aku rasa takde masalah. Memori lampau banyak menghantui aku. Berat
tapi dah tiba masa untuk aku move on. Masa tak boleh diundur, benda yang
berlaku biarlah kekal sejarah.
Kawan aku pernah cakap macam ni masa
aku down giler dan semua benda berkecamuk.
“Jangan salahkan siapa–
siapa. Bukan salah kau, bukan salah mereka dan jangan pernah sekali – kali menyalahkan
takdir Tuhan. Tiada siapa yang nak benda ni berlaku tapi kalau qadha dan qadar
tertulis macam tu nak buat macam mana. Redha.”
Yup, aku setuju dan sampai
sekarang aku cuba untuk pegang kata – kata ni. Belajar untuk memaafkan dan
belajar untuk menerima.
Ni baru sorang kawan, ada
beberapa lagi aku nak share. Antaranya.
‘Bahagia itu adalah
perkara yang manis dalam hidup yang mendatangkan kebaikan dalam diri serta
mengeratkan kasih sayang antara orang yang buat kita bahagia tu. Tak ada yang
lebih bahgia melainkan kasih sayang.’
So dari ayat atas ni aku boleh
simpulkan yang bahagia itu hadir dengan kewujudan kasih sayang. True indeed.
Siapalah yang tak happy kalau ada orang sayang dia. Betul kan?
Ni last, lawak tapi aku tak deny.
Hehehe…
‘Bahagia tu bila kau
senyum sorang – sorang tanpa sebab dan rasa semua benda okey dan takde masalah.’
Adakah tengok phone sambil
tersengih sorang – sorang dikira bahagia? Eh, hahaha…
Okeylah,
aku duk share orang punya definisi bahagia ja kan. Mesti orang menunggu apa
definisi bahagia bagi aku pulak. Sebelum tu kan, aku nak share definisi bahagia
dari Kamus Dewan *tak nampak dah edisi ke berapa sebab aku screenshot ja. Hehehe…
Bahagia
bagi aku yang aku terfikir sekarang adalah apabila aku tak sendirian. Sentiasa
ada orang untuk menyambut aku bila aku jatuh, sentiasa ada orang bergelak
ketawa meraikan kegembiraan dengan aku, dan sentiasa ada orang yang bersedia
untuk menerima luahan hati aku. Pelik juga macam mana aku come out dengan
konklusi macam ni padahal aku boleh kata introvert jugaklah. Mungkin kerana
perasaan B.A.H.A.G.I.A itu sendiri. Iya, aku bahagia. Hahaha…
THE END.
Assalamualaikum…
p/s : Mohon sesiapa yang rasa
ayat dia dah diolah kembali mohon jangan marah ye. Izinkan saya menggunakan ayat - ayat anda ya. Hehehe… #JanganKecamSaya.

uuuuuu~~ ni la definisi bahagia awak yee... hahaha.. macam kenal ja hashtag tu. =p hihi..
ReplyDeletesemua orang pun pasti menemui bahagia.