Dah lama sangat tak menulis dekat sini.
TULISAN KALI NI PELIK. JANGAN BACA KALAU TAK BERANI TERJUN DALAM PEMIKIRAN 'DEEP' PENULIS!!!
- Adakah terlalu bahagia sehingga tiada apa yang tersisa untuk diluah?
Hahaha... ayat ja tu padahal malas nak menaip.
-Tak jugak, wifi kolej masalah.
Alasan kau, kalau dah malas mengaku jelah.
- Banyak assignment lah. Exam pun dah dekat.
Exam esok pagi malam ni kau duk menulis dekat sini apa cer?
- *speechless*
Hahaha... Daripada diri sendiri kepada diri sendiri yang satu lagi.
Ada tetapi tiada. Macam mana tu? Angin? Udara? Gas? AKU?
Jawapannya = AKU. Jasad terlihat pada mata kasar namun roh hanya 1/3 bersisa, fikiran 1/2 melayang pergi, jiwa 3/4 tenggelam. Berapa kadar yang bersisa? boleh kira guna Stoichiometry Calculation. Hahaha...apa aku merepek ni?
Makin bumi berputar, jarum jam bergerak, penuaan berlaku dan sepatutnya pengalaman mematangkan kita. Mengajar diri menjadi lebih baik tetapi pengalaman yang bagaimana perlu dicapai? Pilihan itu sentiasa ada dua entiti, hitam atau putih. Hitam sinonim dengan kegelapan, kejahatan, negatif dan sesat. Putih pula dilihat sesuatu yang positif, benar, cahaya, jalan. Aku tak mengajar atau belajar seni maka jangan tanya lebih - lebih. Sekadar pengamatan marhaen seorang insan yang kalau boleh ingin tenggelam dalam bahasa lagu dan lukisan. Bukan bahasa yang terlahir dari mulut manusia walaupun hakikatnya itu dianggap bahasa sebenar. Bahasa itu hanya suatu penipuan. * senyum sinis.
Aku ingin memilih jalan kelabu, bukan hitam dan bukan putih tetapi seperti nila tidak boleh bercampur ke dalam susu, begitulah putih tidak boleh dipalit dengan hitam. Kelabu itu tidak wujud, jalan tengah itu tidak ada dan aku berada di titik pertengahan itu.
Hitam = wujud
Putih = wujud
Kelabu = tiada
maka AKU = kelabu = tiada.
Hilang dalam kegelapan malam, kedinginan bayu, kesamaran sinar.
Semakin hari, semakin suatu semangat yang pernah tersemat utuh di hati memudar, tenggelam timbul dipukul ombak. Bak kulit - kulit kerang yang suatu masa dahulu gigih dikutip, mula dilupakan hari demi hari. Terbang bersama angin meninggalkan aku di jalan pertengahan dengan DUA pilihan:
1. Bergerak ke hadapan
atau
2. Bergerak ke belakang
kerana untuk kekal di pertengahan merupakan suatu kebodohan, untuk menunggu huluran tangan adalah suatu ke'goblok'an, menanti kata keramat semangat hanya suatu khayalan dan mati berharap merupakan suatu penghinaan.
- Kepada siapa?
Kepada diri sendiri.
- Mengapa?
Menyiakan kudrat diri.
Jawapan bagi pilihan aku? Sejujurnya masih dalam proses untuk berfikir namun aku lebih suka untuk bergerak ke belakang. Bergerak ke belakang di sini bukan bererti patah balik tetapi bermula semula. Gembira kan? Bermula sebagai kanvas kosong dengan mengoyakkan kanvas lama. Ah, tabiat menyimpan barang lama perlu diubah dan kanvas yang baru WAJIB dibuang ke dalam tong sampah. Palitkan hanya beberapa warna dari kanvas lama dan yeah, ayuh kita kembali memenuhkan kanvas dengan warna dan corak yang baru.
Eheh,
Tulisan yang ekstrem. Usah difaham kelak kau akan dilanda kekerutan dahi yang kritikal dan aku tidak bertanggungjawab keatasnya.
Sekian,
Semoga berjumpa di lain hari, kala aku tergerak untuk menulis.
Meja study, kolej Cempaka
280317
No comments:
Post a Comment