Saturday, 30 December 2017

Impian Yang Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama betul tak update blog ni. Hahaha... Tiap kali menulis pon macam ni. Banyak dah berubah, Blogger pun dah update. Aku ni masih sama ja ka?

Tinggal 1 hari ja lagi sebelum 2018. Ada apa dengan 2017 ? Tetiba terfikir sendiri.

Akhir 2017, banyak pulak impian untuk masa akan datang. Bukan setakat 2018 ja, melangkau lagi jauh sampai dah bertahun - tahun. 

Kisah masuk wad untuk 15 jam menghidupkan balik impian lama yang dah dikambus kerana kecewa. Kecewa dengan diri sendiri. Masih mencari salah yang dah berlalu walaupun lebih baik untuk dilupakan dan terus berjalan. Risaukan masa depan yang dah tertulis sejak di alam roh lagi. Bukankah sesuatu tu sentiasa ada hikmahnya. Maka apa yang perlu dirisaukan? Harta? Pangkat? Dunia?

15 jam yang bererti. Menyingkap kembali erti di sebalik setiap kata, perbuatan, emosi, cara, penerimaan, hidup, dan 1001 kisah. 

15 jam yang bererti. Muhasabah kembali hidup tidak akan selamanya mampu untuk sendiri walaupun tidak rela untuk diterima.

15 jam yang bererti. Melihat bukan sekadar pada diri tetapi pada susuk tubuh yang lain juga di sebalik kepenatan, kesedihan, dan kerisauan.

15 jam yang bererti. Merenung erti hidup sepenuhnya untuk orang lain dalam setiap kiraan detik sepanjang usia.

15 jam yang bererti. Melayan kerenah setiap jasad yang tak pernah berhenti untuk meminta lagi dan lagi.

15 jam merungkai fikiran yang kusut di tempat yang paling sesak namun menemui erti hidup dan ketenangan sebenar. 15 jam yang aneh untuk berasa gembira. 15 jam yang keliru dalam kepenatan. 15 jam itu. 15 jam yang jarang. Tidak akan dicari tetapi penuh erti.

Dan 15 jam itu hadir dengan satu keinginan. Ingin menjadi insan yang memberi, ingin sentiasa berada di situ. Dalam kekalutan yang menenangkan, dalam kekusutan yang merisaukan. Mengembalikan keinginan yang telah lama ditolak jauh - jauh kerana kekangan kewangan. Mungkinkah ada kisah sambungan impian itu ? 

Aku berharap, berharap untuk terus menyambungnya walau dilihat jelek pada pandangan umum. Aku mahu berada di situ untuk terus mencari.

2018.

Aku ingin terbang, terbang menuju impian. Melepaskan diri dari sangkar pemikiran. Bergerak megikut arah kehidupan. Pedulikan orang lain, mereka tidak hidup untuk aku. Aku mahu menggapai impian sendiri.

 Impian yang tidak pernah padam...


Tuesday, 28 March 2017

Ada tetapi tiada...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama sangat tak menulis dekat sini.

TULISAN KALI NI PELIK. JANGAN BACA KALAU TAK BERANI TERJUN DALAM PEMIKIRAN 'DEEP' PENULIS!!!

- Adakah terlalu bahagia sehingga tiada apa yang tersisa untuk diluah?
Hahaha... ayat ja tu padahal malas nak menaip.
-Tak jugak, wifi kolej masalah.
Alasan kau, kalau dah malas mengaku jelah.
- Banyak assignment lah. Exam pun dah dekat.
Exam esok pagi malam ni kau duk menulis dekat sini apa cer?
- *speechless*

Hahaha... Daripada diri sendiri kepada diri sendiri yang satu lagi.

Ada tetapi tiada. Macam mana tu? Angin? Udara? Gas? AKU?
Jawapannya = AKU. Jasad terlihat pada mata kasar namun roh hanya 1/3 bersisa, fikiran 1/2 melayang pergi, jiwa 3/4 tenggelam. Berapa kadar yang bersisa? boleh kira guna Stoichiometry Calculation. Hahaha...apa aku merepek ni?

Makin bumi berputar, jarum jam bergerak, penuaan berlaku dan sepatutnya pengalaman mematangkan kita. Mengajar diri menjadi lebih baik tetapi pengalaman yang bagaimana perlu dicapai? Pilihan itu sentiasa ada dua entiti, hitam atau putih. Hitam sinonim dengan kegelapan, kejahatan, negatif dan sesat. Putih pula dilihat sesuatu yang positif, benar, cahaya, jalan. Aku tak mengajar atau belajar seni maka jangan tanya lebih - lebih. Sekadar pengamatan marhaen seorang insan yang kalau boleh ingin tenggelam dalam bahasa lagu dan lukisan. Bukan bahasa yang terlahir dari mulut manusia walaupun hakikatnya itu dianggap bahasa sebenar. Bahasa itu hanya suatu penipuan. * senyum sinis.

Aku ingin memilih jalan kelabu, bukan hitam dan bukan putih tetapi seperti nila tidak boleh bercampur ke dalam susu, begitulah putih tidak boleh dipalit dengan hitam. Kelabu itu tidak wujud, jalan tengah itu tidak ada dan aku berada di titik pertengahan itu.

Hitam = wujud
Putih = wujud
Kelabu = tiada
maka AKU = kelabu = tiada.

Hilang dalam kegelapan malam, kedinginan bayu, kesamaran sinar.
Semakin hari, semakin suatu semangat yang pernah tersemat utuh di hati memudar, tenggelam timbul dipukul ombak. Bak kulit - kulit kerang yang suatu masa dahulu gigih dikutip, mula dilupakan hari demi hari. Terbang bersama angin meninggalkan aku di jalan pertengahan dengan DUA pilihan:

1. Bergerak ke hadapan 
             atau
2. Bergerak ke belakang
kerana untuk kekal di pertengahan merupakan suatu kebodohan, untuk menunggu huluran tangan adalah suatu ke'goblok'an, menanti kata keramat semangat hanya suatu khayalan dan mati berharap merupakan suatu penghinaan. 

- Kepada siapa? 
Kepada diri sendiri.
- Mengapa? 
Menyiakan kudrat diri.

Jawapan bagi pilihan aku? Sejujurnya masih dalam proses untuk berfikir namun aku lebih suka untuk bergerak ke belakang. Bergerak ke belakang di sini bukan bererti patah balik tetapi bermula semula. Gembira kan? Bermula sebagai kanvas kosong dengan mengoyakkan kanvas lama. Ah, tabiat menyimpan barang lama perlu diubah dan kanvas yang baru WAJIB dibuang ke dalam tong sampah. Palitkan hanya beberapa warna dari kanvas lama dan yeah, ayuh kita kembali memenuhkan kanvas dengan warna dan corak yang baru.

Eheh, 
Tulisan yang ekstrem. Usah difaham kelak kau akan dilanda kekerutan dahi yang kritikal dan aku tidak bertanggungjawab keatasnya. 

Sekian, 
Semoga berjumpa di lain hari, kala aku tergerak untuk menulis.

Meja study, kolej Cempaka
280317