Assalamulaikum dan salam sejahtera…
Bismillahirrahmanirrahim…
Dah
lama tak menjenguk coretan – coratan hati di sini. Memang lama. Satu tempoh
masa yang penuh dengan cerita, drama dan air mata. Last day in the study week and
I’m here trying to distract my mind with something others than upcoming exam.
Bukan bermakna aku bijak tapi ada satu kesesakan dalam dada yang minta diluah
dalam susunan – susunan huruf di ruang kerdil ini.
Mac
Bulan
yang bermula dengan kebahagiaan yang teramat sangat.Yeke? Tapi tulah yang aku
rasa. Semuanya disusun dengan plot yang cantik. Semuanya seperti yang dirancang
walaupun berada dalam kelam kabut bazar asasi dan AB2C. Gembira? Ya, sampaikan
aku sendiri yang terpaksa sedarkan diri bahawa asasi bukan untuk selama –
lamanya. Ini hanyalah satu transit. Transit untuk masa akan datang. Pertengahan
Mac, segalanya mula tunggang terbalik. Hati. Satu ketulan daging yang amat
mudah berbolak balik mula menggila dalam jasad aku yang kepenatan. Penat
menanti. Letih berharap. Aku mula hilang. Tenggelam. Tenggelam dalam lautan
yang dalam. Tiada jalan keluar. Semuanya gelap gelita.
Aku
amat berterima kasih kepada pemilik – pemilik tangan yang mengembalikan aku ke permukaan. Tanpa
mereka mungkin aku takkan mampu untuk berdiri tegak hari ini. Aku sedar bukan
seorang dua yang sentiasa ada berada bersama aku. Ramai. Maafkan aku kerana
mengecewakan semua orang. Maaf atas keterlanjuran aku. Maaf atas kebodohan aku.
Maaf atas ketidakmatangan aku. Maafkan aku sahabat. Terima kasih sahabat.
April
Ujian
demi ujian mula menghempap diri dan
rakan – rakan. Aku cuba untuk menjadi kuat. Aku cuba menebus segala kesalahan
lalu. Sakit. Memang sakit. Aku sakit dan manusia – manusia di sekeliling aku
juga sakit. Semua perkara nampak tak kena. Setiap kesalahan mula diungkit.
Perit. Penat. Iya, penat menanggung kesakitan yang bertimpa – timpa. Hakikatnya
kami hanya mangsa keadaan. Aku memang tersepit dalam kondisi yang tenat.
Persahabatan
kami juga diuji. Sedih. Hiba melihat hubungan antara kami mula renggang. Jauh. Terlalu
banyak yang tidak terluah dan masa semakin suntuk. Aku berharap semuanya akan
berakhir. Biarlah ia berakhir dengan pengakhiran yang baik.
“ Hati ini telah bersatu, bersatu di perut
bumiMU. Hati ini telah bersatu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati ini telah
mengikat setia untuk mendaulat, untuk menyokong syariatMu di alam maya. Maka Ya
Allah, eratkanlah ikatan yang ada. Maka Ya Allah, eratkanlah ikatan yang ada.
Kekalkan kemesraan yang ada tunjukkalah jalan yang benar. Tunjukkanlah jalan
cahayaMu. Tiada malam terangi alamMu. Hidup suburkanlah dengan makrifatMu. Jika
Kau inginkan kami mati, matikanlah sebagai syuhada’ dalam perjuangan menegakkan
agama yang mulia.”
‘Ukhuwah
ini bukan sekadar di dunia tetapi biarlah ia berterusan sehingga ke syurga’
Wallahua’alam
Assalamualaikum.