Assalamualaikum warahmatullah…
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah
masih dipinjamkan nyawa dan kelapangan untuk menitipkan sepatah dua kata di
ruangan ini. Post kali ni jujur aku cakap hanya luahan hati dan rasa yang dah lama
membeku dalam diri. Dah lama tak tulis pasal benda yang serius sikit. Entahlah
kenapa tapi malam ni aku rasa lain, lain sangat. Satu perasaan yang dah lama
aku tak rasa menerjah kembali ruangan hati aku. Mungkin aku dah lama sangat
hanyut. Hanyut dalam fantasi duniawi. Huh, entahlah. Apa nak jadi dengan aku
ni. Malam ni, aku menulis ditemani bunyi kipas. Lain rasanya tak macam biasa.
Bukan melodi mana – mana lagu yang berkumandang di telinga, tetapi hanya bunyi ‘ktik,ktik’
kipas *korang bayangkanlah sendiri macam mana bunyi kipas kan* diselang – seli
dengan bunyi keyboard aku.
Empat,
lima hari ni, aku rasa kosong. Kosong sangat… Bukan kerja tak banyak, ermm…
jap, banyak jugak kerja sebenarnya tapi aku yang tak buat kot. Bila kau mula
rasa lonely kan, haa… masa tulah datangnya segala macam thought yang tak
rasional. Bunyi macam schizophrenia lak kan? Eh rilek, aku waras dan Insha
Allah mental aku masih sihat. Jiwa yang kosong, masa yang kosong, bilik yang
kosong, purse yang kosong, eh. Entahlah apa lagi yang jadi kosong. Benda –
benda kekosongan ni lah yang buat aku jadi ntahpape lah senang cerita tapi
benda yang paling serious adalah bila hati kau kosong. Fuh, penangan dia. Aku
tak nak dah jadi macam tu. Sakit. Undescribeable. Betullah kata – kata Imam
Hassan Al – Banna :
‘Masa lapang membunuh
pemuda’
Aku
yang dah memang terseksa ditambah pulak seksanya bila orang yang aku kenal,
yang tak pernah kenal perkataan putus – asa, yang tak pernah pun seingat aku
putus harapan, yang selalu paling berhamasah, tiba – tiba cakap dia penat. Dia
dah fed up. Dia dah tak nak teruskan. Dia nak berhenti di sini dan fokuskan
benda lain. Jujur aku cakap, aku tersentak. Speechless. Kenapa sampai macam tu
sekali? Apa yang dah berlaku sebenarnya? Aku faham, aku pernah jadi macam tu
suatu masa dahulu. Aku rasa aku lagi teruk sebab salahkan gerak kerja dakwah tu
sendiri sebagai alasan untuk back up diri supaya tak rasa bersalah. Masa tu,
kalau bukan sebab sahabat – sahabat yang selalu support aku, aku mungkin bukan
berada di takuk ini sekarang. Aku cuba selami hati dia, aku cuba buat konklusi.
Yelah, kalau orang tak nak cerita kenapa macam mana kita nak bantu. Apa yang
aku dapat adalah dia keseorangan. Tak ada orang yang betul – betul bangunkan
dia kembali. Itu ja aku mampu cakap. An assumption from me. Maaf kalau silap.
Masa tu aku
mula fikir something.
‘Kalau aku tak kuat, macam
mana aku nak bantu dia. Aku kena kuatkan balik diri aku ni.’
Aku cari balik
punca kekosongan hati aku. Ya, aku jumpa tapi nak baiki balik tu perlukan
kekuatan jugak dan kudrat yang aku ada masa tu tak cukup. Betul – betul tak
cukup. Masa ni lah aku berharap untuk kembali ke ‘Dunia Batu Kaca’ tu. Tempat aku
diberi kekuatan dan semangat tapi aku sedar yang aku tak boleh berharap macam
tu selamanya. Dunia aku bukan hanya di situ. Perjalanan aku jauh lagi. Aku cuba
untuk kembali, kembali ke sejadah di satu pertiga malam yang terakhir. Gagal.
Gagal lagi. Ada apa dengan aku ni? Kenapa aku macam ni?
Nafsu kata
jangan, tapi hati kata pergi maka jalanlah aku seorang diri ke masjid lepas
Maghrib. Kenapa lepas Maghrib, salah aku jugak. Ikutkan sangat Sang Nafsu yang
dah mula rasa selesa dengan tuannya yang jarang – jarang menidakkan segala
suruhannya sejak kebelakangan ni. Masuk masjid, masuk halaqah tazkirah. Topik
hari tu,aku tak tau sangat spesifik dia sebab dah datang lambat kan tapi aku
masuk diorang tengah bincang pasal IKHLAS. Aku endah tak endah jugak. Dengar
tapi entahlah, mungkin sebab berserabut balas Whatsapp kakak aku bincang pasal
kad bank kot. Habis conversation aku dengan kakak aku, masa tu diorang start
bincang pasal Jangan Mengalirkan Air Mata ketika: … adalah beberapa. Yang aku
ingat, masa tengok cerita Hindustan, masa cinta tak berbalas, masa kehilangan
duit dan masa mendapat kegagalan. Biasalah, aku bukan jenis yang rajin sangat
mencatat ni maka berhuhulah dengan apa yang lekat dalam kepala ni.
Bila sampai pulak Perlunya Mengalirkan Air
Mata ketika : … beribadah di waktu malam, aku rasa macam hati aku kena tampar
dengan tamparan yang hebat jugaklah. Berapa lama aku qiam tapi hati kosong?
Jasad di sejadah tapi hati entah ke mana. Sebak. Sentap. Aku tersedar, berapa
lama aku tak Solat Sunat Taubat? Berapa banyak dosa aku buat selama ni? Berapa
lama dah aku tak menangis dalam solat – solat aku? Teringat pulak kata – kata salah
seorang ustazah yang aku kagumi walaupun aku agak takut dengan dia. Eheh.
‘Kamu ni
rajin buat solat hajat ja. Kita ni perlu rasa malu dengan Allah, minta tak
henti – henti tapi tak pernah nak mohon ampun dengan Allah atas segala dosa –
dosa kita. Kalau manusia pun, orang yang kita selalu buat jahat, tiba – tiba kita datang minta duit.
Apa reaksi dia? Mestilah dia tak nak bagi kan? Lazimkan solat sunat taubat tu.
Ini tak, asyik mengeluh sebab hajat tak dikabulkan. Cuba refleks amalan –
amalan kita dulu’
*lebih kurang macam tulah ayat
ustazah.
Hati
kita tu Allah pegang kan. Dekat mana – mana pun Allah boleh bagi hidayah tu.
Tak perlu tunggu dengar ceramah ustaz – ustaz hebat baru hidayah tu datang.
Alhamdulillah, aku bersyukur lagi sebab aku rasa Allah masih sayangkan aku.
Allah masih nak bantu aku dan Insha Allah aku akan cuba untuk kembali
bermanfaat kepada umat Muhammad keseluruhannya. Aku tak taulah korang rasa apa
tapi aku rasa berdosa dan bersalah sangat – sangat dengan attitude aku dalam empat,
lima hari ni. Cuma pesan aku, kalau nampak aku hanyut, mohon sedarkan kerana
aku hanya manusia biasa. Manusia yang ada perasaan, ada nafsu, ada
kecenderungan terhadap dunia.
Sekian,
Assalamualaikum.


















