Thursday, 23 July 2015

Tempat baru semua baru

  Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Setelah sekian lama membiarkan blog ni bersawang atas beberapa faktor termasuklah malas . Hehehe... Alhamdulillah akhirnya diberi hidayah untuk menulis semula di DK6 yang berada dalam keadaan bingit dengan ditemani mp3 kesayangan.

  Nak dijadikan ceritalah kan.. 16 Mei 2015 result UPU keluar. UPU tu apa? Alah yang bagi kita penempatan untuk universiti tu.. Hahaha..dan aku dapat UNIMAS... UNIMAS tu Universiti Malaysia Sarawak...

  Tak taulah macam mana boleh tercampak dekat sini tapi mungkin salah aku jugak kot yang beria - ria tak nak masuk UIA dengan USIM. Nah amik kau. Hahaha..

  Well menakutkan jugaklah bila fikir macam mana aku nak adapt dengan negeri tu sendiri tapi Alhamdulillah walaupun susah aku berjaya adapt. Yeay!

  Erm...apa lagi nak cerita yer.. Dekat sini surrounding memang macam nature sangat. Rumah staf pun ala - ala chalet gitu.
Kalau google cari UNIMAS memang keluar gambar kampus barat yang lagi moden dan cool. Tu dekat barat ye... Dekat timur ni yelah nama pun timur kan. Hahaha...

  Nak dijadikan cerita jugak ntah macam mana aku boleh dapat taklifan balik yang lagi berat rasanya. TAKLIFAN..satu perkataan yang dah menghantui aku dalam 2,3 tahun kebelakangan ni. Namun kali ni apa yang aku rasa lain dan kali ni aku memang berpegang teguh dengan surah Muhammad ayat 7 tu.

  Moga hamasah ini akan terus mekar dalam hatiku untuk memperjuangkan agamanya sehingga ke tempatnya yang tertinggi. Ameen..

  Okey..sekadar menghilangkan krik,krik di blog ni. Hahaha... walaupun takde sapa yang baca kan..

  Assalamualaikum..


No comments:

Post a Comment