Saturday, 25 July 2015

Believe in Allah plans

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim..

    Semenjak dua menjak ni, gatal je tangan aku nak menaip. Entah kenapa, mungkin tekanan yang mula terasa meminta untuk diluahkan semuanya. Bukan dengan niat untuk mengeluh, tapi hanya sekadar luahan jiwa. Lebih baik memuntahkan semuanya di sini daripada mengganggu orang - orang yang memang sering aku ganggu semata - mata untuk dengar cerita aku yang remeh temeh ni.

[Credit] by the way, thanks kepada semua yang bersabar dengan aku

    Duhai hati, tenanglah dikau. Setiap orang ada rezekinya yang tersembunyi dan hanya diketahui Yang Maha Esa. Jika sudah ditakdirkan jalan yang akan aku lalui begini, maka tempuhilah dengan tenang. Insha Allah ada cahaya di hujung jalan. 

    Siapa tahu apa yang mereka lalui untuk sampai ke tahap itu. Mendaki gunung mujahadah, melawan arus nafsu malahan menahan tikaman bicara manusia. Wow, yang terakhir merupakan yang paling berbisa. Lidah manusia lebih tajam daripada pedang kan..Who knows right ?

   Jadi mulai saat ini, aku bertekad. Erk, skema sangat nih. Takdelah..#syukurselalu. At least Allah bagi peluang nak tambah pahala. Nak suruh kita ingat dia dengan segala cobaan ni. Tapi kan, aku percaya kalau kita yakin dengan qadha dan qadar Allah, tambah dengan usaha, insha Allah satu saat cepat atau lambat Allah akan bagi benda yang kita nak atau lebih baik daripada tu. Percayalah.

[Credit]

Wallahua'lam..
Assalamualaikum.





   


Friday, 24 July 2015

Luahan sang pipit

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

[Credit]

Saat ini, waktu ini,
Pipit ini telah keluar cuba untuk menjadi helang,
Mengepakkan sayap hingga ke Bumi Kenyalang,
Mengejar cita - cita yang dibayangi duniawi,
Dengan penuh keazaman dan harapan untuk berjihad,
Namun jihad di mata kecil sang pipit terlalu jumud,
Hanya ingin menuntut ilmu semata - mata,

Hilangnya rasa amanah sebagai khalifah,
Terhapusnya susuk seorang da'ie,
Dek kerana ego yang memuncak tinggi,
Mencari pengiktirafan daripada manusia,
Tanpa menghiraukan redha Ilahi,
Dijuzukkan perkara - perkara ukhrawi,
Bimbang mengganggu konsentrasi dan waktu mengulang kaji,

Namun, sang pipit mulai sedar,
Apabila hati yang terisi mulai mengosong dan menggelap,
Nawaitu yang dibawa tidak memudahkan perjalanannya,
Mehnah dan tribulasi mula memuncak tanpa penumbang,
Mutasi sang pipit untuk menjadi helang mula terbantut,
Dek kerana hilangnya hamasah dalam diri,
Hamasah yang telah dibina di bumi waqafan,

Sang pipit ingin kembali,
Kembali ke sarang penuh memori,
Mencari kembali hati dan diri,
Untuk bekalan sepanjang proses mutasi ini,

Namun tiba masa sang pipit bersendiri,
Mengutip jiwa - jiwa yang ingin turut bersama,
Mencari erti hidup dan matlamat di bumi,
Untuk bekalan di sana nanti,
Moga - moga dengan izinNya,
Sang pipit ini berjaya menghelang,
Bagi mengembalikan Islam tercinta ke tempatnya yang tinggi.

Wallahu'alam..
Assalamualaikum

Thursday, 23 July 2015

Tempat baru semua baru

  Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Setelah sekian lama membiarkan blog ni bersawang atas beberapa faktor termasuklah malas . Hehehe... Alhamdulillah akhirnya diberi hidayah untuk menulis semula di DK6 yang berada dalam keadaan bingit dengan ditemani mp3 kesayangan.

  Nak dijadikan ceritalah kan.. 16 Mei 2015 result UPU keluar. UPU tu apa? Alah yang bagi kita penempatan untuk universiti tu.. Hahaha..dan aku dapat UNIMAS... UNIMAS tu Universiti Malaysia Sarawak...

  Tak taulah macam mana boleh tercampak dekat sini tapi mungkin salah aku jugak kot yang beria - ria tak nak masuk UIA dengan USIM. Nah amik kau. Hahaha..

  Well menakutkan jugaklah bila fikir macam mana aku nak adapt dengan negeri tu sendiri tapi Alhamdulillah walaupun susah aku berjaya adapt. Yeay!

  Erm...apa lagi nak cerita yer.. Dekat sini surrounding memang macam nature sangat. Rumah staf pun ala - ala chalet gitu.
Kalau google cari UNIMAS memang keluar gambar kampus barat yang lagi moden dan cool. Tu dekat barat ye... Dekat timur ni yelah nama pun timur kan. Hahaha...

  Nak dijadikan cerita jugak ntah macam mana aku boleh dapat taklifan balik yang lagi berat rasanya. TAKLIFAN..satu perkataan yang dah menghantui aku dalam 2,3 tahun kebelakangan ni. Namun kali ni apa yang aku rasa lain dan kali ni aku memang berpegang teguh dengan surah Muhammad ayat 7 tu.

  Moga hamasah ini akan terus mekar dalam hatiku untuk memperjuangkan agamanya sehingga ke tempatnya yang tertinggi. Ameen..

  Okey..sekadar menghilangkan krik,krik di blog ni. Hahaha... walaupun takde sapa yang baca kan..

  Assalamualaikum..