Bismillahirrahmanirrahim...
Bukak - bukak email semalam ada komen dari someone yang dah lama tak jumpa dan nun jauh di sana. Masih ada rupanya orang yang baca blog ni. Dah lama fikir blog ni dilupakan orang sebab pemilik jari yang menaip papan kekunci ni dah konon - konon sibuk sangat. Hahaha, acah - acah sibuk ja.
Tajuk yang amat terkesan tatkala hati sendiri terluka dengan kepercayaan yang diberi. Bukan salah sesiapa tapi diri sendiri yang mula merasa luka lama kembali berdarah. Apa erti kepercayaan yang diberi jika masih dianggap asing? Apa guna diri mencuba andai bertepuk sebelah tangan? Apa perlu aku percaya andai kepercayaan itu hanya mainan kata? Terdetik sendiri, berapa ramai yang diletakkan seluruh kepercayaan kepadanya dan akhirnya berlalu pergi. Mungkin berulang lagi maka aku undur diri. Sebelum setiap satu pergi meninggalkan bekas tatkala direntap kasar dibuang pergi. Andai itu dianggap pengorbanan maka akan aku katakan 'TIDAK'. Tiada guna wujudnya diri yang dilihat seperti tunggul kayu. Dibaja terus - terusan namun hanya terbiar di situ. Kaku. Tidak berguna namun masih diberi makannya. Disiram. Dijaga. Kelak tunggul itu akan dibiarkan sepi apabila mula merasa sia - sia atas segala usaha.
Tatkala bibir menyusun kata, semuanya ditolak dikatakan tiada apa. Kenapa perlu melarikan diri? Kenapa tidak ingin berdepan dengan aku? Mungkin aku bukanlah orang yang layak mendengar kisah dukamu. Iya, aku bukanlah siapa - siapa. Aku bukanlah pemujuk hati penawar luka. Ku kira untuk berundur diri andai tidak diperlukan lagi. Apa erti menerima tanpa memberi dan apa jua erti memberi tanpa menerima. Tangan yang diatas itu sentiasa lebih baik tetapi hidup sebagai manusia itu umpama roda. Diberi ruang untuk berada di atas, manfaatkanlah, dan jika terputar ke bawah maka terimalah kerana itu masa mu untuk menerima.
Maafkan aku untuk ragu. Maafkan aku kerana pernah lelah. Maafkan aku dengan lagak marahku. Maafkan aku atas salah silapku. Andai tiada perluku lagi, aku memohon izin berlalu pergi. Bukan dengan relaku namun dengan keinginanmu.
Terima kasih atas segalanya.